Dengan saiz yang diberi sebanayak 1 terabyte kepada setiap penggunanya, saya yakin ia mampu menarik semula pengguna yang telah meninggalkannya suatu ketika dulu (termasuk saya sendiri) kerana perlu membayar caj tahunan bagi akaun pro.
Ya, 1 terabyte secara PERCUMA.
Dahulu, Flickr menghadkan penggunanya mengakses hanya 200 foto terkini secara percuma. Anda boleh memutnaik lebih dari itu tetapi hanya boleh melihat 200 foto terkini.
Untuk melihat kesemua foto yang telah dimuat naik, maka akaun pro diperlukan dan caj yang dikenakan ialah $24.95 dollar setahun.
Kini, masanya untuk kembali ke Flickr..
Anda boleh baca lanjut tentangnya di sini http://blog.flickr.net/en/2013/05/20/a-better-brighter-flickr/