Showing posts with label html5. Show all posts
Showing posts with label html5. Show all posts

Sunday, November 25, 2012

Gagal Memainkan Fail MP3 Pada Browser Dengan HTML5

Dalam projek Muraii.com - Panduan Penentuan Waktu Solat Mengikut Lokasi (Latitud & Longitud) Melalui Peta Google Map, saya telah memasukkan alert laungan azan menggunakan fail mp3. Apabila telah masuk waktu bagi kawasan yang dipilih pengguna, azan secara automatik akan dimainkan. Nampak tiada masalah.

Kini, atas sebab tertentu, saya memindahkan aplikasi tersebut ke domain & hosting yang baru. Saya letakkan keseluruhan aplikasi tersebut di http://sempoi.me. Namun apa yang terjadi, fail azan dalam format mp3 tersebut tidak dapat dibaca apabila telah masuk waktu solat.

Untuk pengetahuan anda, saya menggunakan HTML5 untuk embed fail mp3 azan berkenaan. Ia mungkin berkaitan dengan perbezaan setting pada server (apache) yang digunakan oleh pihak penyedia hosting tersebut & menyebabkan server tersebut tidak mengenali format audio yang perlu dimainkan.

Sebagai penyelesaiannya, saya perlu melakukan sesuatu supaya server tersebut mengenali fail audio yang digunakan. Apa yang perlu dilakukan ialah menambah kod di bawah ke dalam fail .htaccess anda.

# AddType TYPE/SUBTYPE EXTENSION
AddType audio/mpeg mp3
AddType audio/mp4 m4a
AddType audio/ogg ogg
AddType audio/ogg oga
AddType audio/webm webma
AddType audio/wav wav


Untuk lebih kefahaman, anda boleh rujuk laman web ini http://html5doctor.com/html5-audio-the-state-of-play/ kerana saya juga membuat rujukan darinya.
Share:

Saturday, October 20, 2012

Muraii - Aplikasi waktu solat mengikut latitud & longitud menggunakan HTML5 dan Google Map

Beberapa hari lepas saya mula membangunkan sebuah aplikasi bagi mengira waktu solat berdasarkan latitud & longitud di mana kita berada. Seperti biasa, ia menggunakan CodeIgniter sebagai enjin dan Twitter Bootstrap bagi menghiasi GUI aplikasi ini.

Ia dipaparkan melalui peta Google Map, di mana latitud & longitud dikesan dengan menggunakan Geolokasi HTML5. Walau bagaimanapun, tidak semua browser menyokong Geolokasi HTML5. Untuk melayari Muraii, anda perlu menggunakan browser Internet Explorer 9, Firefox, Chrome, Safari atau Opera.

Dalam proses pengiraan waktu solat tersebut, saya telah memilih untuk menggunakan kaedah pengiraan Muslim World League (MWL) kerana hasil yang diperolehi hampir sama dengan jadual waktu solat yang disediakan oleh laman web Jakim.

Insyaallah, jika berkesempatan saya akan kongsikan bagaimana untuk menggunakan Google Map API bagi menghasilkan aplikasi yang sepertinya.



Anda boleh melayari Muraii untuk melihat waktu solat di kawasan anda melalui URL ini:

http://muraii.com

Saya berkira-kira banyak lagi ciri menarik yang boleh diletakkan dalam aplikasi ini. Namun ia memerlukan ruang dan masa. Semoga ia menjadi realiti dan dapat membantu ramai orang.
Share: