Sunday, November 9, 2014

Surah Al-Kahfi - سورة الكهف

Sungguh! Kita sudah di akhir zaman.

Lihatlah, peperangan yang sudah berlaku di Iraq, kemudian di Syria dan seterusnya di Yaman.
Riwayat Hadis Ibnu Hawalah r.a, Nabi SAW bersabda " Akan berlaku pada urusan (agama ini), hingga kamu akan menjadi tentera yang berpasukan-pasukan. Tentera di Syam, tentera di Yaman dan tentera di Iraq"

Kata Ibnu Hawalah, " Pilihkanlah tempat untukku wahai Rasullulah, sekiranya engkau kehendaki."

Lalu, Rasulullah bersabda, " Hendaklah kamu berada di Syam, sesungguhnya ia adalah bumi pilihan Allah di mana di situlah terdapat hamba-hamba pilihan-Nya. Sekiranya engkau tidak dapat menempatkan diri disana, hendaklah engkau berada di Yaman. Berilah minum daripada tadahan air kamu. Maka sesungguhnya Allah telah memberi jaminan kepadaku dengan negeri Syam dan penduduknya.

( Dari Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih ).

Zaman ini zaman fitnah! Zaman akan munculnya dajjal. Larikan diri kita darinya.. andai kita tahu ia menghampiri kita.

Ini sumbangan kecil saya untuk kita sama-sama menghafal surah al-kahfi ayat 1-10. Semoga ada manfaatnya. Semoga ada harganya, semasa ditimbang di akhirat kelak. InsyaAllah.

http://my.rusmaini.com/mp3player/quran.html
”Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

Ayuh! Tunggu apa lagi?

http://my.rusmaini.com/mp3player/quran.html

Klik pautan URL ini, untuk mendengar audio bacaan surah al-Kahfi ayat 1 hingga 10 beserta gambar untuk memudahkan kita menghafalnya.

InsyaAllah.

Wallahu a'lam.
Share:

Thursday, November 6, 2014

Indeks.my - Iklan Percuma. Cari rumah, kereta, baju, tudung?

Indeks.my - Iklan Percuma. Cari rumah, kereta, baju, tudung?

Saya bercita-cita menghasilkan sesuatu yang dapat membantu sesiapa yang ingin berniaga dan mempromosikan produk & servis mereka.

Medium pemasaran baru di Malaysia. Iklankan produk & servis perniagaan anda dengan percuma.

Ini adalah projek terbaru saya. Dijemput anda semua menggunakannya tanpa was-was. Insyaallah dapat membantu perniagaan anda semua.

Layari laman ini di http://indeks.my.
Share:

Sunday, November 2, 2014

Bukan Rahsia Lagi - Kiraan Tarikh Lahir

Sumber ciplak bahkan ambil bulat-bulat:

https://www.facebook.com/notes/kenangan-itu-terlalu-indah-untuk-ku-lupakan/rahsia-kiraan-tarikh-lahir/222530314426681

Contoh kiraan dari tarikh Lahir

Contoh tarikh Lahir

(27.07.1981)

Sikap & perwatakan (27)

2 + 7

= 9

 

Visi (27.7.1981)

2 + 7 + 7 + 1 + 9 + 8+ 1

= 35

= 3+5

= 8

 

Sifat Dalaman / bakat (hanya jika dipupuk) 

Sikap + Visi = sifat dalaman

9 + 8

= 17

= 1+7

= 8

 

Definisi ringkas.

No 1 = Pemimpin

Layak menjadi seorg pemimpin, namun jika visinya pemimpin tanpa disokong no 5 (boleh berunding) akan berasa sedikit gila kuasa.

No 2 = Lembut

Kita boleh lihat no 2 pd sikapnya yang lembut, namun jika no 2 pd sifat dlmn, dia mudah mengaku kalah dan terlalu lembut tanpa org lain sedar. Oleh itu, org yg memiliki no 2 pada sifat lembut harus berusaha menjadi lebih kuat dan pendirian tetap.

No 3 = Kemas/Cerewet

Cara pengurusannya amat teliti namun ada sesetengah org yg terlalu cerewet. Visinya yg kemas tanpa disokong no 4 (rajin) akan menjadi seperti biasa shj.

No 4 = Rajin

Sikap rajinnya amat terserlah, Visinya yang rajin mampu membuat sebarang kerja atau apa bidang sekalipun dan mampu mengeluarkan idea2 bernas lain drpd org lain.

No 5 = Boleh Berunding

Sikapnya boleh berunding dan senang berurusan dgnnya, namun dia juga dipengaruhi no-no lain pd visi dan sifat dlmn. Mampu berkomunikasi dgn org lain secara diplomasi.

No 6 = Angin

Sikapnya seperti angin, jika kita tiup angin, dia akan pergi, jika kita sedut angin, dia akan dtg. Maksudnya di sini, dia tidak begitu tetap pendirian. Sesiapa yg mempunya no 6 pd visi, dinasihatkan duduklah di sebelah org yg positif kerana anda mampu menjdi seorg yg hebat drpd org yg menyokong anda dan jika duduk sebelah org negatif, hancurlah anda.

No 7 = Patuh

Seorg yg sgt patuh pd sikap, kalau visinya patuh, kira bguslah boleh mendengar kata nasihat2 org dan harus dipraktikkan, namun jika sifat dlmnnya patuh, jgnlah terlalu menunduk dan menyerah kalah.

No 8 = Berniaga

Org yg mempunyai no ini mmg suka berniaga, suka tgk duit dan mampu mengembangkan harta, dll. Hati2 jika no 8 jatuh pd sikap kerana semua bisnes dia mahu ceburi tanpa focus dan menjayakan sesuatu. Visi 8 mampu bekerja keras dlm berniaga dan itulah kerjaya sebenar. Yg paling bgusnya jika sifat dlmnnya no 8 (jrg org ketahui) bhw dia mempunyai bakat dlm perniagaan.

No 9 = Glamour

Glamour di sini bermaksud berani menonjol diri, pandai berkomunikasi, pandai bergaya. Visi glamour mampu dan berani menceburi bdg2 spt penyiaran, penyanyi, peguam, dsb. Jika sifat dlmnnnya 9, jgn la terlalu branded style jika tidak disokong sikap dan visi yg tertentu.

----------------------------------

Dari pakar psikologi & Dr fadhilah kamsah pernah menerangkan kaedah pengiraan ini.
Share: