Monday, December 29, 2014

Jadual Hidup

Jadual Hidup

Ehemmm.. ini memang copy n' paste dari blog ini http://wadamylife.blogspot.com/2010/09/jadual-harian-muslim.html.

4.30 pagi Bangun

Berdoa kepad ALLAH dengan doa : "Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan." Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.  Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah,berwangi-wangian.

4.45 pagi Solat Sunat

Solat Sunat Tahajjud Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH. Solat Sunat Taubat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa. Solat Sunat Hajat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita. Solat Sunat Witir Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima ramalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

>>hujung minggu @ sebulan sekali boleh la dilakukan Solat Tasbih

5.00 pagi

Menyediakan sarapan @ bekal utk di bawa ke tempat keje.

5.50 pagi

Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha

Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.  Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.

1.15 tgh Bersiap untuk solat Zohor.

Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib  Bersujud Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.30 ptg Bersedia untuk solat Asar.

Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.  Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg Beriadah @ Memasak makan malam

Bersenam dapat mengekalkan kesihatan diri. Memasak makanan sendiri lebih banyak baiknya..sambil2 tu boleh juga dialunkan zikir semasa memasak...

7.00 ptg Makan Malam.

Setelah selesai makan. Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat maghrib berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga masuk waktu Solat Isya'. Bersujud Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA

8.00 mlm Solat Isya' berjemaah .

Solat Isya' berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran. Bersujud Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA. Selepas solat boleh la melakukan kerja2 yang perlu diselesaikan..

10.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.

Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur : Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

 
Share:

Wednesday, December 10, 2014

Cara Install Android Apps ke BlackBerry Z30

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga install Snap ke dalam BlackBerry.

IMG_20141210_142048

Apa itu Snap?
Free Google Play client for BlackBerry 10

Maksudnya, kita boleh install apps dari Google Play ke dalam BlackBerry.

Ok, begini caranya..

Sambungkan BlackBerry ke PC. Anda memerlukan software BlackBerry Link di install pada PC anda. Muat turun di sini: http://us.blackberry.com/software/desktop/blackberry-link.html.

Download Snap.bar di sini: http://redlightoflove.com/ota/Snap-latest.bar.

Gunakan Sachesi, apa tu?
Firmware Extractor, Searcher and Installer

Dengan Sachesi, anda tidak perlu tukar BlackBerry anda ke Development Mode. Kita akan gunakan Sachesi ini untuk install Snap ke BlackBerry.

Download Sachesi ke PC: http://forums.crackberry.com/bb10-leaked-beta-os-f395/sachesi-firmware-extractor-searcher-installer-825409/.

Extract fail yang didownload dan Run fail Sachesi.exe dan pergi ke tab Install.

Drag fail Snap.bar yang telad didownload tadi ke dalam aplikasi Sachesi (install tab). Ia akan install Snap ke dalam BlackBerry anda.

Sekarang, Buka Snap di BlackBerry anda, masukkan maklumat akaun Google anda untuk akses ke Google Play dan...Tadaa!!!

Sekarang dah boleh install apps dari android termasuklah Instagram ke dalam BlackBerry anda.

IMG_20141210_150228
Share: