Alhamdulillah.
Diberi kesempatan menyampaikan perkongsian ilmu berkaitan pengaturcaraan ColdFusion kepada staf Gates IT Solution selama 2 hari pada 6 & 7 Mei 2016 di Kompleks Usahawan Teknologi MARA Industrial Centre, Technovation Park UTM.
Sungguh, ilmu itu hak Allah dan kita hanya meminjam. Maka, sampaikanlah ilmu walau seayat.
Seronok jugak ajar budak-budak yang dah terer programming ni. Diminta buat 'A', terus dibuatnya sampai 'H, I, J..' hahaha..
Habis, mati kutu dah tak tau nak ajar apa lagi. Syukur kepada Allah, diberi ilham 'on the spot' untuk ajar lebih sikit berdasarkan pengalaman aku sebagai programmer ColdFusion suatu masa dulu.
Ada orang kata, ni bahasa pengaturcaraan zaman dinosour, orang dah tak pakai. Tapi pada aku, sebenarnya banyak jugak kelebihan ColdFusion ni. Lebih mudah dan cepat. Cuma dari segi support oleh Adobe tu, aku tengok dah macam anak tiri dibuatnya.
Apa pun, staf Gates memang terbaik lah.. Terima kasih kerana memberi peluang dan ruang menjadi trainer.