Tuesday, September 12, 2017

Codeigniter Session Data Lost After Redirect


Sistem tawaran yang selama ni berjalan dengan baik tiba-tiba menghadapi masalah ni..

Session dia tiba-tiba hilang selepas redirect ke page lain. Musykil jugak, tak pernah jadi macam ni.. Jenuh aku google tapi tak jumpa jawapan yang aku inginkan.

Jadi aku pun semak balik setiap baris kod, sampai lah kod flashdata ni:

$this->session->set_flashdata('notis','
            <p class="alert">
                Terima kasih. Status penawaran telah dikemaskini.
            </p>');

So, apa yang aku buat? aku komen jap kod tu dan cuba run balik sistem aku tu..

Korang tau apa jadi? Sistem ok, berjalan macam biasa dan session pun tak hilang.

Perghh.. Takkan lah set_flashdata tu yang jadi punca? Walau apa pun, asalkan sistem aku takde error itu dah cukup baik la.

Lepas dari tu, takde lah notification terima kasih tu lagi..
Share: