Friday, February 10, 2017

Thursday, January 26, 2017

Ionic Mobile App Development Training


Ionic Mobile App Development Training
a.k.a Hybrid Mobile App Development with Ionic

Alhamdulillah berkesempatan belajar pembangunan mobile apps selama 2 hari pada 24 & 25 Januari 2017.

Memang menarik dan dah nampak dah projek apa yang akan dibangunkan. Sebelum ni memang berharap sangat dapat belajar mobile apps ni sebab dalam kepala dah pikir macam-macam projek.

Training disampaikan oleh Tuan Fredy Fauzi dan Caspian King.

Dalam training ni, apa yang penting kita kena tahu Javascript, HTML, CSS & PHP. Dan yang paling penting kena faham konsep MVC. Jadi, sesiapa yang nak belajar pengaturcaraan mobile apps ni sila biasakan diri dengan MVC terlebih dahulu. Tak tau lah kalau ada cara lain yang lagi mudah untuk bangunkan mobile apps ni.

Insyaallah, saya akan tulis tentang panduan membina aplikasi mobile apabila siap satu projek..














Share:

Friday, January 20, 2017

Github Dan Aptana


Ini nota panduan setup github dan aptana.

Kenapa perlu guna git?

Alasan saya satu je, untuk control source code kita.

Jika kita bekerja di dalam kumpulan ,ia menjadi sangat penting bagi memastikan source code kita tidak hilang apabila developer lain update code pada sistem yang sedang dibangunkan bersama.

Buat masa ni saya tak rajin tulis semula nota ini.. jadi saya kongsikan sahaja urlnya ;)

http://nealbuerger.com/2013/11/aptana-eclipse-set-up-git-repository-github-bitbucket/
Share:

Sunday, December 18, 2016

Keutamaan azan dan saf pertama



Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Kalau orang Islam tahu keutamaan azan dan saf yang pertama,
kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan undian
nescaya mereka pergi mengambil undian,
dan kalau mereka tahu keutamaan bersegera pergi untuk hadir
jamaah Zuhur, nescaya mereka berlumba-berlumba untuk mendapatkannya
dan kalau mereka tahu kebaikan berjamaah pada sembahyang
Isya' dan subuh nescaya mereka menghadirinya meskipun merangkak.
Hadis sahih riwayat Muslim
Share:

Kisah Orang Kampung



"Abahku seorang peraih buah-buahan kampung,
biasanya nenas, kadang ciku, kadang rambutan, 
kadang cempedak atau apa sahaja yang boleh diperolehi,
meraih dari merata tempat,
dijual di pasar-pasar sekitar kampung,
untung tidak lah seberapa,
yang pasti dia tidak bisa duduk diam,
ada saja perkara yang perlu dilakukan,
ada saja barang yang hendak dicari lalu dijual semula.
Aku pun, balik kampung bukanlah selalu-selalu,
bila balik dapatlah merasa,
dulu, memang ada pokok rambutan belakang rumah,
buahnya lebat, manis.. ada yang merah jua yang kuning,
tapi sekarang, macam dah tak nampak lagi batang hidung pokok tu hehe..
Bila tiba masa aku pulang ke rumahku,
pasti ada saja yang dibekalkan,
kadang nenas, kadang ubi, kadang cempedak, kadang mempelam,
ikutlah, rezeki yang ada masa tu..
dalam hati terdetik,
inikan barang-barang untuk dijual di pasar, kenapa hendak diberikan kepadaku.. nanti kurang lah untungnya..
hmm.. itulah kasih seorang abah.
untuk anak dan cucunya..
bila tau aku akan ke rumah mertua,
ditambahnya lagi berganda tanpa berkira-kira,
dipilihkan buah yang elok-elok,
sampaikan salam katanya, ini buah tangan dari sini,
begitulah adat berbudi dan berbahasa,
hasil keringat sendiri dikorbankan demi persaudaraan.
secara tidak langsung, 
ia menjadi teladan,
ia mengajar aku menjadi seorang yang pemurah,
harusku didik anak-anak ku juga ke jalan sedemikian,
bukankah ia sebahagian dari infak.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku,
masukkanlah mereka ke syurga-Mu.. AMIN."

"Hai orang-orang beriman, infakkanlah sebahagian hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu! Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu infakkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji". (al-Baqarah, 2: 267)

Disember 26, 2013
Share: