Tuesday, December 11, 2012

Penjenamaan baru Neural.my - Untuk Sahabat

Saya telah melakukan sedikit pembaharuan ke atas projek Neural.my yang telah saya bangunkan sejak 2010. Projek ini, walaupun belum sepenuhnya siap, namun sudah boleh digunakan.

Penjenamaan semula itu melibatkan penggunaan tagline baru iaitu "Untuk Sahabat" yang lebih ringkas dan mudah diingat. Ia sangat releven dengan konsep Neural.my itu sendiri sebagai sebuah laman sosial yang mensasarkan kepada sesebuah komuniti kecil sebagai penggunanya.

Konsep Neural.my ini sama sahaja dengan laman sosial yang lain tetapi ia difokuskan kepada satu kumpulan yang lebih kecil. Pengguna yang tidak mendaftar tidak boleh melihat segala aktiviti yang ada di dalam laman tersebut.

Pengguna juga boleh berbincang mengikut topik yang lebih fokus dengan membina grup yang spesifik bagi topik tersebut.

Buat masa ini, perisian aplikasi tersebut belum dibuka untuk umum kerana masih di peringkat pengujian. Insyaallah, jika tiada aral melintang ia akan dilancarkan secara rasmi pada awal 2013.

Untuk melayari aplikasi tersebut, anda boleh ke URL berikut:

http://neural.my
Share:

Friday, December 7, 2012

Fungsi str_pad dalam PHP

Entri kali ini saya buat simple sahaja iaitu tentang kegunaan fungsi str_pad. Anda boleh rujuknya di http://php.net/manual/en/function.str-pad.php.

Contoh kegunaan:

Jika anda ingin memaparkan nombor dengan didahului 0 (nombor kosong). Dalam situasi yang saya alami, saya mendapat satu data tarikh di mana tarikh hari dalam bentuk satu digit. Contohnya 3/12/2012, setelah dipecahkan data tersebut, saya ingin gunakan data hari tersebut dalam format '03'.

Apa yang perlu dilakukan ialah:

$day = 3;
$newday = str_pad($day, 2, '0', STR_PAD_LEFT);


Output:

03


Keterangan:

str_pad('input nombor','panjang string','string ','jenis/posisi');
Share:

Sunday, November 25, 2012

Gagal Memainkan Fail MP3 Pada Browser Dengan HTML5

Dalam projek Muraii.com - Panduan Penentuan Waktu Solat Mengikut Lokasi (Latitud & Longitud) Melalui Peta Google Map, saya telah memasukkan alert laungan azan menggunakan fail mp3. Apabila telah masuk waktu bagi kawasan yang dipilih pengguna, azan secara automatik akan dimainkan. Nampak tiada masalah.

Kini, atas sebab tertentu, saya memindahkan aplikasi tersebut ke domain & hosting yang baru. Saya letakkan keseluruhan aplikasi tersebut di http://sempoi.me. Namun apa yang terjadi, fail azan dalam format mp3 tersebut tidak dapat dibaca apabila telah masuk waktu solat.

Untuk pengetahuan anda, saya menggunakan HTML5 untuk embed fail mp3 azan berkenaan. Ia mungkin berkaitan dengan perbezaan setting pada server (apache) yang digunakan oleh pihak penyedia hosting tersebut & menyebabkan server tersebut tidak mengenali format audio yang perlu dimainkan.

Sebagai penyelesaiannya, saya perlu melakukan sesuatu supaya server tersebut mengenali fail audio yang digunakan. Apa yang perlu dilakukan ialah menambah kod di bawah ke dalam fail .htaccess anda.

# AddType TYPE/SUBTYPE EXTENSION
AddType audio/mpeg mp3
AddType audio/mp4 m4a
AddType audio/ogg ogg
AddType audio/ogg oga
AddType audio/webm webma
AddType audio/wav wav


Untuk lebih kefahaman, anda boleh rujuk laman web ini http://html5doctor.com/html5-audio-the-state-of-play/ kerana saya juga membuat rujukan darinya.
Share:

Sunday, November 11, 2012

Inisiatif: Kuasa dari dalam diri

Saya bermula dengan CodlFusion semasa di universiti, sehingga berkhidmat di syarikat IT swasta. Kemudian diminta pula mendalami ASP. Namun atas inisiatif sendiri, saya juga pelajari PHP kerana nampak akan pasarannya di masa depan pada ketika itu. Alhamdulillah, selepas 10 tahun, apa yang saya pelajari dulu tidak sia-sia. Saya masih dengan PHP.
Share:

Saturday, October 20, 2012

Muraii - Aplikasi waktu solat mengikut latitud & longitud menggunakan HTML5 dan Google Map

Beberapa hari lepas saya mula membangunkan sebuah aplikasi bagi mengira waktu solat berdasarkan latitud & longitud di mana kita berada. Seperti biasa, ia menggunakan CodeIgniter sebagai enjin dan Twitter Bootstrap bagi menghiasi GUI aplikasi ini.

Ia dipaparkan melalui peta Google Map, di mana latitud & longitud dikesan dengan menggunakan Geolokasi HTML5. Walau bagaimanapun, tidak semua browser menyokong Geolokasi HTML5. Untuk melayari Muraii, anda perlu menggunakan browser Internet Explorer 9, Firefox, Chrome, Safari atau Opera.

Dalam proses pengiraan waktu solat tersebut, saya telah memilih untuk menggunakan kaedah pengiraan Muslim World League (MWL) kerana hasil yang diperolehi hampir sama dengan jadual waktu solat yang disediakan oleh laman web Jakim.

Insyaallah, jika berkesempatan saya akan kongsikan bagaimana untuk menggunakan Google Map API bagi menghasilkan aplikasi yang sepertinya.



Anda boleh melayari Muraii untuk melihat waktu solat di kawasan anda melalui URL ini:

http://muraii.com

Saya berkira-kira banyak lagi ciri menarik yang boleh diletakkan dalam aplikasi ini. Namun ia memerlukan ruang dan masa. Semoga ia menjadi realiti dan dapat membantu ramai orang.
Share: