Monday, July 7, 2014

Konsep Rekabentuk Aplikasi Web

 

Idea! Dah datang.. Nanti akan dikemaskini lagi bila ada idea baru.

Rekabentuk Pangkalan Data

  • Setiap table wajib mempunyai ID (primary key).

  • Setiap table wajib mempunyai medan log seperti created_at, updated_at, created_by dan updated_by.


Keselamatan

  • Kaedah meletakkan ID atau data bagi medan yang penting seperti NOKP, NOMATRIK, NOPEKERJA di URL.

  • Penyata SQL bagi proses kritikal seperti update dan delete. Pastikan penyata WHERE adalah selamat.

  • Proses log masuk & log keluar, data yang perlu disimpan pada session.


Rekabentuk GUI atau template

  • Sediakan mockup sebelum mulakan pembangunan.

  • Proses aliran data mesti disediakan secara berajah dan tersusun dari satu page ke page seterusnya sehingga proses tersebut selesai.

Share:

Monday, June 2, 2014

LeGa Penyegar Serbaguna

LeGa Penyegar Serbaguna

"Sumber Alam Semulajadi"

Insyaallah, sangat berguna membantu melegakan anda yang mengalami:

  • Stress

  • Sengal badan

  • Keletihan ketika memandu

  • Batuk

  • Selsema

  • Resdung

  • Sakit gigi


photo 5

Mudah digunakan, hanya sapukan pada tempat-tempat yang mengalami masalah di atas dan hidu bauannya.

Kandungan:

photo 2

Pengiktirafan dari:

photo 3

Harga sebotol hanya RM16.00 (tidak termasuk kos penghantaran)

photo 4

"Saya kerap mengalami bersin di waktu pagi. Alhamdulillah, selepas menyapukan LeGa pada hidung, rasa gatal pun hilang dan tiada lagi bersin"

"Saya juga kerap selsema, selepas menyapukan LeGa pada hidung, hidung yang tersumbat menjadi terasa amat selesa, hingus yang pekat menjadi cair dan mudah bernafas. Sangat melegakan."

Semuanya dengan izin Allah.

Untuk membuat pembelian, sila ke laman jualan kami di :

http://www.lelong.com.my/merchant/projektee.htm
Share:

Tuesday, May 27, 2014

Tuesday, February 11, 2014

CodeIgniter: Membina form validation sendiri (callback) - Menghadkan nilai maksimum

//validation
$this->form_validation->set_rules('report_leveling', 'Leveling', 'required|numeric|callback_max_val[36]');

//callback
function max_val($input,$param)
{
if($input <= $param):
return TRUE;
else:
$this->form_validation->set_message('max_val', 'Nilai maksimum yang dibenarkan bagi %s ialah %d');
return FALSE;
endif;
}
Share:

Monday, January 27, 2014

PHP startup unable to load dynamic library...

 

Masalah pertama:
php startup unable to load dynamic library php_oci8.dll the specified procedure could not be found

Bukan selalu kita install wamp atau xampp. Sesekali ingin upgrade atau tolong install di pc orang lain mesti dapat error ni.. lepas tu lupa macam mana nak buat.

Ini masalah yang biasa berlaku  ke atas saya, kerana di ofis saya menggunakan database Oracle.

Sudah set dalam Path di Environment Variables pun masih tak mahu jalan lagi.. instantclient dah letak pun masih tak berjaya.

Cuba punya cuba, akhirnya.. susunan dalam Path tu kena betulkan. Ntahlah, sebelum ni tak kisah pun. Saya pun tak faham kenapa?

Ok begini caranya:

  1. Install Wamp

  2. Install instantclient

  3. Set Path, Environment Variables. Susunannya.. C:instantclient_11_1;D:wampbinphpphp5.4.16ext; dan seterusnya.

  4. Restart pc

  5. Run Wamp; enablekan php_oci8; restart Wamp.


Dan ia berkesan.

Masalah kedua pula muncul:
php startup unable to load dynamic library php_ldap.dll

Ia berlaku apabila saya enablekan php_ldap di dalam php.ini dan ldap_module di dalam Apache.

So, caranya:

Ldap itu katanya memerlukan dual fail dll yang lain iaitu libeay32.dll dan ssleay32.dll. Kedua-dua fail ada di dalam folder D:wampbinphpphp5.4.16 (jika anda guna wamp). Oleh itu kita juga perlu setkan Path bagi fail tersebut. Edit semula Path tadi, kali ini tambahkan D:wampbinphpphp5.4.16. Kemudian restart pc anda.

 

Belum habis lagi, ini masalah ketiga pula:
A Database Error Occurred
Unable to connect to your database server using the provided settings.
Filename: D:xampphtdocsdev2014settawaransystemdatabaseDB_driver.php
Line Number: 124

Caranya:

Juga pada Environment Variable, tetapi tambahkan satu variable baru iaitu NLS_LANG dan valunye pula ialah AMERICAN_AMERICA.

 

Nah, masalah sudah selesai :). Selamat mengaturcara...

Nota ini lebih menjurus kepada peringatan untuk diri sendiri :)
Share: