Saturday, April 2, 2016

Tarikh Penting 2016

Asalamualaikum Semua
🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺
       Untuk 
       Yang  Sentiasa
        M E N U N G G U
                  DAN
              MERINDUI
        TARIKH TERMAHAL
         Untuk Tahun 2016
               ❤❤❤

1    REJAB    -  SABTU
                         9.4.2016

27  REJAB    -  KHAMIS
                         5.5.2016

MLM NISFU  -  SABTU
SYAABAN         21.5.2016

1 RAMADHAN- ISNIN
                          6.6.2016

MLM 10          - SABTU
AKHIR               25.6.2016
RAMADHAN     Hingga
                         ISNIN
                         4.7.2016

MLM RAYA     - SELASA
I/FITRI               5.7.2016

MLM RAYA     - AHAD
I/ADHA             11.9.2016

Nota: Hari Raya
          I/Fitri ......HARI
RABU
                         6.7.2016
          Hari Raya
          I/Adha....HARI ISNIN
                         12.9.2016
💐💐💐💐💐💐💐💐💐
Boleh la kita bersedia diri utk pelbagai aktiviti amal ibadah & amal jariah..
Tanda kelandar aktiviti masing2
👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼

Share:

Wednesday, March 30, 2016

Tuesday, March 29, 2016

Di mana keberkatannya?

Bacalah dengan hati yang dibuka..



Menuntut ilmu memang ada banyak cara..
Dari banyak sumber.
Zaman ini, memang canggih.
Banyak maklumat mudah diperolehi dari pelbagai sumber.

Nak ilmu tentang apa sahaja, carilah di Google, bukak lah Youtube.
Jumpalah.

Tapi....
Adakah keberkatannya di situ?

Islam mengajar, menuntut ilmu biarlah berguru.
Dan guru itu biarlah yang mursyid.
Yang layak..

Kita tahu siapa guru kepada guru kita..
Guru kepada guru kepada guru kita..
Dan seterusnya..
Dan kita tahu pegangannya.. Jalannya..
Adakah jalan yang dijanjikan Allah?

"Aku pernah mendengar satu kisah melalui Youtube tentang seorang wanita yang banyak amalannya tetapi dia dimasukkan ke neraka".

"Kerana apa? Kerana menyiksa kucing".

"Aku mendengar dan tahu.. Tapi tiada sedikit kesan pun di hati".

"Lalu di suatu hari kemudiannya..".

"Tatkala aku menghadiri satu kuliah pengajian kitab di sebuah masjid".

"Cerita yang sama diulang oleh guru tersebut.. MasyaAllah".

"Ia terus menyentap di hati".

"Kucing terbiar di belakang rumahku, yang selama ini diberi makan.. ".

"Memang hanya diberi makan".

"Kini tidak lagi, aku berinya makan dan ditambah rasa belas di hati.. ".

"Jika sebelum ini, marah teramat kalau ia kencing sembarangan di kawasan rumah aku".

"Kini, aku redha, hati tetap tenang biarpun ia kencing lagi di situ..".

"Aku basuh tanpa rasa amarah".

"Allah".

"Sungguh.. Hilang sudah sifat marah".

"Satu kisah yang sama.. Diterima dari dua sumber berbeza.. Cara berbeza".

"Satu bagai angin lalu.. Satu melekat terus ke hati memberi kesan".

Mungkinkah.. Ia sebuah keberkatan?
Wallahua'lam.

Dan zaman yang dulu telah diganti zaman yang baru..

Zaman ini.

Ilmu yang kita peroleh di zaman sekolah dulu, masih layakkah diamalkan di zaman dewasa kini?

Zaman sekolah, cikgu mengajar mengikut tahap kefaham kita.
Tahap kefahaman akal yang masih muda remaja.

Sedang kini akal kita kian matang. Masih nak menggunakan ilmu yang sesuai untuk zaman kebudakan lagikah? Layakkah?

Saat usia meningkat menghampiri senja, perbaikilah amal kita dengan ilmu yang sesuai dengan usianya.
Carilah ilmu untuk akal yang lebih matang.

Perbaharuinya..
Perbaharui amal kita, perbaharui iman kita.

Dan kalau kita terus berguru lagi.. Pasti! Memang pasti!

Detik hati akan berkata..

"Oooo.. Rupanya banyak lagi yang aku tak tau".


Ya Allah, ampuni aku andai tulisan ini ada silapnya.
Semoga akan ada yang menegur dan perbetulkannya dengan petunjuk dariMu.

Semoga tulisan ini memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya.
Aku hanya menyampaikan, dan Allah lah yang membuka hati-hati kita semua.
Untuk menerima dan faham.




Share:

Sunday, March 27, 2016

Monday, March 21, 2016