Monday, October 15, 2012

Siapa kita 5 tahun lagi?



Apa yang kita lakukan hari ini menentukan siapa kita 5 tahun lagi. Orang bijak pandai sering menasihati, untuk berjaya kita mesti menetapkan matlamat. Kita perlu fikir dan gambarkan, bagaimana kita 5 tahun lagi. Siapakah kita pada masa tersebut?

Cakap memang mudah. Tapi untuk menetapkannya, memang sukar bagi kita yang tiada pendirian, tiada cita-cita. Maka bermacam alasan terlontar dari mulut untuk tidak menyokong, betapa hakikatnya orang yang berjaya itu telah menetapkan matlamat mereka dengan jelas.

Maka, kita terus berada di takuk yang lama pada 5 tahun akan datang. Bagaimana kita hari ini, begitulah kita pada masa itu.

Apakah kita mahu kekal begini? Jika ya, carilah alasan. Dan memang itulah yang selalu kita lakukan pun. Jika tidak, carilah cara. Carilah cara bagaimana kita boleh menjadi apa yang kita impikan 5 tahun dari sekarang.

Ketepikan segala apa yang kita lakukan sekarang ini jika ianya tidak menyumbang kepada merialisasikan impian tersebut. Sebaliknya, gandakan kesungguhan ke atas kerja-kerja yang memberi impak dalam mencapai sasaran kita.

Insyaallah, 5 tahun lagi kita mampu menjadi apa yang kita impikan sekarang. Asalkan kita terus beristiqamah.

Kenapa 5 tahun? Ia masa yang tidak terlalu panjang atau terlalu singkat. Lakukan dahulu, dan lihat hasilnya selepas 5 tahun. Selepas itu, baru kita fikirkan untuk tingkatkan matlamat dan mencapainya dalam masa 5 tahun berikutnya.

Ayuh, jelaskan matlamat kita. Apa yang akan kita lakukan? Siapa kita? Di mana kita? 5 tahun dari sekarang..

http://rusmaini.tumblr.com/post/33565696301/siapa-kita-5-tahun-lagi
Share:

1 comment:

  1. Dapatkan buku saya yang bertajuk 'Siapa Kita 10 Tahun Lagi?' di pasaran.. Buku ini telah diterbitkan oleh Must Read Sdn Bhd pada Mei 2011.. Pelaburan anda cuma RM 19.90 sahaja!

    Jangan lupa copy dan paste URL di bawah ini untuk LIKE LIKE LIKE page FB buku motivasi 'Siapa Kita 10 Tahun Lagi?' sekarang!

    http://www.facebook.com/siapakita10tahunlagi

    ReplyDelete