Monday, January 27, 2014

PHP startup unable to load dynamic library...

 

Masalah pertama:
php startup unable to load dynamic library php_oci8.dll the specified procedure could not be found

Bukan selalu kita install wamp atau xampp. Sesekali ingin upgrade atau tolong install di pc orang lain mesti dapat error ni.. lepas tu lupa macam mana nak buat.

Ini masalah yang biasa berlaku  ke atas saya, kerana di ofis saya menggunakan database Oracle.

Sudah set dalam Path di Environment Variables pun masih tak mahu jalan lagi.. instantclient dah letak pun masih tak berjaya.

Cuba punya cuba, akhirnya.. susunan dalam Path tu kena betulkan. Ntahlah, sebelum ni tak kisah pun. Saya pun tak faham kenapa?

Ok begini caranya:

  1. Install Wamp

  2. Install instantclient

  3. Set Path, Environment Variables. Susunannya.. C:instantclient_11_1;D:wampbinphpphp5.4.16ext; dan seterusnya.

  4. Restart pc

  5. Run Wamp; enablekan php_oci8; restart Wamp.


Dan ia berkesan.

Masalah kedua pula muncul:
php startup unable to load dynamic library php_ldap.dll

Ia berlaku apabila saya enablekan php_ldap di dalam php.ini dan ldap_module di dalam Apache.

So, caranya:

Ldap itu katanya memerlukan dual fail dll yang lain iaitu libeay32.dll dan ssleay32.dll. Kedua-dua fail ada di dalam folder D:wampbinphpphp5.4.16 (jika anda guna wamp). Oleh itu kita juga perlu setkan Path bagi fail tersebut. Edit semula Path tadi, kali ini tambahkan D:wampbinphpphp5.4.16. Kemudian restart pc anda.

 

Belum habis lagi, ini masalah ketiga pula:
A Database Error Occurred
Unable to connect to your database server using the provided settings.
Filename: D:xampphtdocsdev2014settawaransystemdatabaseDB_driver.php
Line Number: 124

Caranya:

Juga pada Environment Variable, tetapi tambahkan satu variable baru iaitu NLS_LANG dan valunye pula ialah AMERICAN_AMERICA.

 

Nah, masalah sudah selesai :). Selamat mengaturcara...

Nota ini lebih menjurus kepada peringatan untuk diri sendiri :)
Share:

Monday, January 6, 2014

Freelancer...?

Terdapat beberapa pertanyaan dan juga permintaan berkaitan projek-projek aplikasi web dari rakan-rakan di sini.

Ada yang bertanya berapa kos bagi menghasilkan sebuah sistem yang dapat menguruskan sewaan kenderaan. Maklumlah, di universiti pasaran bagi kereta sewa agak lumayan. Jadi, tak menang tangan untuk menguruskan atau mengatur jadual sewaan kereta. Bayangkan jika kita mempunyai sehingga 10 biji kereta. Takut-takut berlaku pertindanan tempahan lagi-lagi musim hujung minggu atau cuti-cuti perayaan.

Saya juga mendapat permintaan untuk membangunkan sebuah sistem untuk menguruskan rekod pelajar pusat tuisyen. Zaman sekarang memang ramai yang hendak cemerlang akademik dan memlilih pusat tuisyen sebagai langkah memastikan anak-anak dapat menguasai bidang akademik yang dipelajari. Dan saya memang melihat peluang ini, ia bukan hanya untuk satu pusat tuisyen tetapi boleh dikembangkan kepada pusat tuisyen yang lain.

Beberapa hari lepas, ada pula seorang sahabat lama semasa saya bekerja di Cheras, bertanyakan kalau-kalau saya boleh buatkan laman web bagi sebuah homestay? Maaf, yang ini saya berterus terang, terpaksa menolak. Saya katakan lebih mudah jika guna CMS seperti Wordpress atau Joomla.

Adakah ini peluang untuk saya kembali menjadi freelancer? Banyak masa yang perlu dikorbankan. Bila masa malam perlu dihabiskan dengan menghadap komputer...

Bagi sesiapa yang biasa dengan projek-projek freelance pasti tahu kenapa saya menolak projek membina laman web untuk homestay tadi. Susah nak cerita.. ;)
Share:

Thursday, January 2, 2014

Wajah baru di tahun baru 2014

Sempena pertukaran digit tahun dari 2013 kepada 2014, maka blog ini juga ingin merasakan perubahan tersebut.. dengan wajah yang baru.

Maka saya juga ingin menabur harapan baru, insyaAllah akan menulis di dalam blog ini dengan lebih kerap sekurang-kurangnya 1 artikel seminggu.

Selamat membaca ;)
Share: