Monday, January 6, 2014

Freelancer...?

Terdapat beberapa pertanyaan dan juga permintaan berkaitan projek-projek aplikasi web dari rakan-rakan di sini.

Ada yang bertanya berapa kos bagi menghasilkan sebuah sistem yang dapat menguruskan sewaan kenderaan. Maklumlah, di universiti pasaran bagi kereta sewa agak lumayan. Jadi, tak menang tangan untuk menguruskan atau mengatur jadual sewaan kereta. Bayangkan jika kita mempunyai sehingga 10 biji kereta. Takut-takut berlaku pertindanan tempahan lagi-lagi musim hujung minggu atau cuti-cuti perayaan.

Saya juga mendapat permintaan untuk membangunkan sebuah sistem untuk menguruskan rekod pelajar pusat tuisyen. Zaman sekarang memang ramai yang hendak cemerlang akademik dan memlilih pusat tuisyen sebagai langkah memastikan anak-anak dapat menguasai bidang akademik yang dipelajari. Dan saya memang melihat peluang ini, ia bukan hanya untuk satu pusat tuisyen tetapi boleh dikembangkan kepada pusat tuisyen yang lain.

Beberapa hari lepas, ada pula seorang sahabat lama semasa saya bekerja di Cheras, bertanyakan kalau-kalau saya boleh buatkan laman web bagi sebuah homestay? Maaf, yang ini saya berterus terang, terpaksa menolak. Saya katakan lebih mudah jika guna CMS seperti Wordpress atau Joomla.

Adakah ini peluang untuk saya kembali menjadi freelancer? Banyak masa yang perlu dikorbankan. Bila masa malam perlu dihabiskan dengan menghadap komputer...

Bagi sesiapa yang biasa dengan projek-projek freelance pasti tahu kenapa saya menolak projek membina laman web untuk homestay tadi. Susah nak cerita.. ;)
Share:

0 comments:

Post a Comment