Tahun ini tahun berangan-angan. InsyaAllah, tahun terakhir bekerja makan gaji.
Ayat kasarnya, otak makin karat untuk berfikir soal-soal pengaturcaraan, kerenah pelanggan dan kerenah politik di tempat kerja. Biarpun dari segi sosialnya nampak kebaikan, dapat bergaul dengan ramai orang di sebuah organisasi yang besar.
Namun, ada ruang yang terbatas. Sedang banyak lagi waktu untuk ukhrawi.
Semoga Allah memberi redha dan rahmatnya atas jalan ini.
Idea ini terdetik usai selesai solat dhuha hari ini. Apa matlamat hidup aku hari ini? Apakah aku mahu terus makan gaji? Saban hari melalui jadual hidup yang sama. Masuk kerja 8 pagi habis kerja 5 petang. Hantar dan ambil anak sekolah. Malam dah penat.
Teringat seorang sahabat yang berniaga, banyak masa dapat diluang untuk anak-anaknya. Ah, jeles.
Jadi, matlamat untuk tahun 2015 aku ialah.. Tahun 2015 adalah tahun terakhir bekerja dengan UTHM.
Maka, banyak persiapan yang harus dilakukan bagi memulakan hidup tanpa makan gaji. Tapak untuk berniaga sudah ditetapkan di sini, idea bisnes 2015. Hanya gerak langkahnya perlu dilajukan.
Allahuaklbar. Berikanlah aku kekuatan. Orang kata, kalau nak berjaya kita kena tetapkan matlamat. Tau tu, tapi selama ini tak buat pun. Dan hari ini, aku buat.
Aku buat. Dengan izin Allah.
* Inspirasi dari artikel ini.
0 comments:
Post a Comment