Adeh, den dah terjebak dengan kaki pancing nih. Ni nak kena belajar ikat mata kail pulak..
Thursday, December 31, 2015
Monday, December 28, 2015
Memancing di Rakit Pancing Air Bintan, Tanjung Serindit
on December 28, 2015
in joran, Kaki Pancing, kakipancing, kerapu, Kota Tinggi, pari, Rakit Pancing Air Bintan, siakap, tamok, Travelog
with
No comments
Khas Buat Kaki Pancing
Bagi kaki pancing, yang tercari-cari tempat baru untuk memancing, apa kata cuba ke sini pula. Rakit Pancing Air Bintan, Tanjung Serindit. Lokasinya yang damai dan tenang memang sesuai untuk memburu ikan seperti siakap, tamok, kerapu, pari dan lain-lain lagi. Memancing di atas rumah rakit di tengah sungai memang mengasyikkan.
Lokasi
Rakit Pancing Air Bintan terletak di Ladang Sungai Papan, Kota Tinggi. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur, boleh keluar exit Senai - Desaru dan melalui hadapan JPO. Apabila sampai di persimpangan jalan Kota Tinggi - Pengerang, belok ke kanan. Jalan terus sehingga jumpa persimpangan Terminal Feri Tg. Belungkor di sebelah kanan. Masuk persimpangan tersebut. Jalan terus sehingga jumpa simpang masuk ke ladang Sungai Papan yang mempunyai pos pengawal. Masuk jalan tersebut hingga sampai ke jeti. Anda akan dibawa menaiki bot untuk rumah rakit tersebut.
Kemudahan
Terdapat beberapa rakit dengan kelengkapan yang disediakan seperti bilik tidur, tandas, dapur dan tong gas untuk memasak. Air bersih dalam tong juga disediakan mengikut bilangan orang. Kalau nak charge telefon, jangan risau kerana eletrik memang disediakan. Siap ada TV dan lampu untuk aktiviti memancing di waktu malam.
Macam Mana Nak Hubungi ?
Anda boleh terus ke FB Rakit Pancing Air Bintan atau telefon terus nombor ni 013-710 2188
Thursday, December 17, 2015
Nak Makan Sandwich?
Dipetik dari forum cari.
Sumber: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=696703
tips utk sandwich rasa hebat tapi kos rendah
[ini projek saya denga pelajar untuk jualan minggu PSS]
perisakan majerinnya begini :
blen sepeket majerin pelangi dengan serbuk bawang putih, lada hitam, minyak masak, herba apa yang ada
untuk inti sardin pula, blend semua abhan ni dalam processor [kalau guna blender nanti tak dak texture]:
sardin satu tin besar brand murah pun tak pa
mayonis [banyak]
tomato yang tidak terlalu ranum[buang biji dulu]
bawang besar
celery sebatang dua
sedikit cili merah
garam gula secukup rasa
perahan limau
agak-agak bagi konsistensinya mudah dilepa. jangan pekat sangat
satu bancuhan sardin ni kami dapat guna untuk 3 hari
1 hari 4 buku roti, satu sandwich ada 3 lapis roti dan dipotong 2 [segi tiga.]
sayur yang digunakan adalah daun salad
roti disapu campuran majerin terlebih dahulu.
bancuhan sardin juga sepenuh permukaan roti
hasilnya orang tak tau pun kata intinya sardin. mati-mati budak-budak ingat sandwich tuna
boleh dijual pada harga rm1 atau rm1.50 sen
Sumber: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=696703