Khas Buat Kaki Pancing
Bagi kaki pancing, yang tercari-cari tempat baru untuk memancing, apa kata cuba ke sini pula. Rakit Pancing Air Bintan, Tanjung Serindit. Lokasinya yang damai dan tenang memang sesuai untuk memburu ikan seperti siakap, tamok, kerapu, pari dan lain-lain lagi. Memancing di atas rumah rakit di tengah sungai memang mengasyikkan.
Lokasi
Rakit Pancing Air Bintan terletak di Ladang Sungai Papan, Kota Tinggi. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur, boleh keluar exit Senai - Desaru dan melalui hadapan JPO. Apabila sampai di persimpangan jalan Kota Tinggi - Pengerang, belok ke kanan. Jalan terus sehingga jumpa persimpangan Terminal Feri Tg. Belungkor di sebelah kanan. Masuk persimpangan tersebut. Jalan terus sehingga jumpa simpang masuk ke ladang Sungai Papan yang mempunyai pos pengawal. Masuk jalan tersebut hingga sampai ke jeti. Anda akan dibawa menaiki bot untuk rumah rakit tersebut.
Kemudahan
Terdapat beberapa rakit dengan kelengkapan yang disediakan seperti bilik tidur, tandas, dapur dan tong gas untuk memasak. Air bersih dalam tong juga disediakan mengikut bilangan orang. Kalau nak charge telefon, jangan risau kerana eletrik memang disediakan. Siap ada TV dan lampu untuk aktiviti memancing di waktu malam.
Macam Mana Nak Hubungi ?
Anda boleh terus ke FB Rakit Pancing Air Bintan atau telefon terus nombor ni 013-710 2188
0 comments:
Post a Comment