Monday, June 13, 2016

Janji Untung 1000 Ganda


Menurutnya, dalam ‘ceramah’ berkenaan kumpulan terbabit mendakwa dana itu milik kerajaan dan dikhaskan kepada Muslim serta perlu dirahsiakan daripada penganut agama lain.
“Setiap pelaburan RM1 dijanjikan pulangan RM1,000 dalam tempoh tertentu selain tidak dibenarkan untuk berbelanja di jalan yang salah termasuk membeli rokok.
“Kebijaksanaan kumpulan ini memanipulasi agama untuk meyakinkan mangsa terutama golongan Muslim daripada setiap peringkat menyebabkan ramai individu menyertai pelaburan berkenaan. Malah, mangsa bukan saja penduduk kampung berusia 50-an yang dipanggil ‘pak cik’ sebaliknya terdapat juga kakitangan kerajaan dan golongan profesional yang menjadi mangsa.
“Malah, maklumat yang kami peroleh mengatakan ada seorang individu melabur wang simpanan miliknya RM100,000 sebelum kumpulan terbabit menghilangkan diri,” katanya.
Katanya, dia menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum melakukan pelaburan dalam mana-mana skim kerana kebanyakannya menipu.
Sekarang ini, kita kena berhati-hati dengan pelaburan yang tak diiktirafkan. Mungkin pelaburan Dana Haji Jasman ni mudah menipu orang Melayu sebabnya mereka menggunakan agama sebagai satu cara kuat menarik orang join pelaburan ni.
Sebenarnya, aku pun tak pernah dengar pasal pelaburan ini, Aku hanya melabur di Public Mutual je. heeee. Tapi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengesahkan Dana Haji Jasman ini sebagai sindiket penipuan.
Jadi kita semua kena hati-hati ok…
Siasat dulu latar belakang pelaburan sebelum join ye…. kalo di internet banyak program SCAM, ini kita boleh gelarlah pelaburan SCAM pula..
Share:

Thursday, June 2, 2016

Cold Fusion, Siapa Yang Belum Tahu?


ColdFusion Server mulanya adalah produk Allaire Corporation, kemudiannya dibeli oleh Macromedia, yang kemudiannya dibeli oleh Adobe. Untuk membangunkan aplikasi, kita gunakan bahasa CFML. Ianya sangat popular di awal 2000. Banyak pejabat dan agensi kerajaan menggunakan teknologi ini untuk aplikasi yang dibangunkan untuk kegunaan dalaman. Mungkin apa yang menarik tentang CFML, sintaks pengaturcaraannya mirip menulis kod HTML, dan berbeza daripada menulis kod biasa.


Baca selanjutnya di http://otakit.my/2016/05/22/3-teknologi-pembangunan-aplikasi-web-open-source-yang-anda-mungkin-tak-tahu/.
Share:

Wednesday, June 1, 2016

30052016 Kuliah di Masjid Jamek Fathu'ulum, Parit Samijan


Sedikit petikan yang sempat dicatatkan dari kuliah yang disampakan oleh Habib Kazim dan diterjemahkan oleh Sheikh Abu Zaki.

Banyakkan beristighfar selepas solat, 70x atau 100x..
Akan terbit cahaya dalam hati kita. Pasti Allah himpunkan kita di kalangan orang2 yang bertaubat.
Juga mendapat rezki yang banyak dari sumber yang tidak diketahui.

Beristighfar hanya selama beberapa minit sahaja tetapi dapat pahala sebanyak bilangan mukminin & mukminat.

Jadilah hamba yang dicintai Allah sehingga menjadi wali.
Dengan adanya wali, rahmat akan turun, bala diangkat, hujan turun.

Beristighfar untuk kaum muslimin, hasilnya akan kembali kepada kita.
Jadikan sebagai jalan taubat.

Apabila kita duduk di dalam masjid, kita adalah tetamu Allah.
Semulia-mulia rumah di muka bumi adalah rumah Allah. Tempat turunnya rahmat.

Solat dengan  bersiwak akan dapat 70x pahala.
Solat berjemaah dapat 27x pahala.
Di tempat yang tiada masjid, dapat 50x ganda pahalanya.

Orang yang hatinya terpaut dengan masjid akan mendapat naungan Allah.

Di kota Tarim, negaranya kecil tetapi ada sehingga 400 buah masjid.

Makmurkan masjid secara ruhaniah iaitu dengan beriktikaf, berzikir & baca al-Quran.

Bulan Ramadhan adalah bulan masjid.

Orang2 di Tarim dahulu, setiap detik di dalam masjid. Mereka sangat cintakan masjid. Setiap waktu berada di dalam masjid. Membaca Quran, belajar Quran sehinggalah waktu berbuka.

Ada seseorang dari luar Tarim, datang ke sebuah masjid. Selepas isyak, ingin berehat. Ingat tiadalah orang. Tetapi setiap masa ada sahaja kumpulan manusia keluar dan masuk masjid tersebut beribadah. Sehinggalah waktu menghampiri Subuh.. 1 jam sebelum subuh semakin ramai dan penuh masjid tersebut. Akhir sekali sekali dia pun tak jadi rehat kerana khusyuk dan terleka melihat kesungguhan masyarakat di Tarim yang beribadah dan cintakan masjid.
Masjid Ba'Alawi.

8 pintu syurga dibuka sejak menjelang tibanya Ramadhan.
Setiap syurga mempunyai 8 pintu.
Kunci pintu syurga ada di tangan kita semua, iaitu syahadat.

Siapa yang menyempurnakan wudhu dan membaca doa selepas wudhu akan dibukakan semua pintu syurga.

Pasangkan niat agar beramal sepanjang dalam bulan Ramadhan sebelum ketibaannya lagi.
Sambutlah Ramadhan dengan gembira kerana besarnya anugerah dari Allah.
Harapkan Ramadhan sepanjang tahun dan tidak berakhir.

Sambut Ramadhan dengan taubat. Baca doa sejurus nampak anak bulan. 3 malam pertama masih valid doanya. Baca takbir dan tahmid 3x kemudian baca doa..

Sunat mandi masuk bulan Ramadhan. Mandi dengan niat supaya kita dipandang Allah.
Bersihkan zahir dan hati agar Allah memandang hambanya.
Siapa yang dipandang Allah tak akan diazab selamanya.

Dalam bulan Ramadhan, banyakkan baca al-Quran. Jika tak tahu baca, banyakkan baca surah al-Ikhlas. (Qulhuwallahuahad..).

Wallahu a'lam.

Share: