30052016 Kuliah di Masjid Jamek Fathu'ulum, Parit Samijan
Sedikit petikan yang sempat dicatatkan dari kuliah yang disampakan oleh Habib Kazim dan diterjemahkan oleh Sheikh Abu Zaki.
Banyakkan beristighfar selepas solat, 70x atau 100x..
Akan terbit cahaya dalam hati kita. Pasti Allah himpunkan kita di kalangan orang2 yang bertaubat.
Juga mendapat rezki yang banyak dari sumber yang tidak diketahui.
Beristighfar hanya selama beberapa minit sahaja tetapi dapat pahala sebanyak bilangan mukminin & mukminat.
Jadilah hamba yang dicintai Allah sehingga menjadi wali.
Dengan adanya wali, rahmat akan turun, bala diangkat, hujan turun.
Beristighfar untuk kaum muslimin, hasilnya akan kembali kepada kita.
Jadikan sebagai jalan taubat.
Apabila kita duduk di dalam masjid, kita adalah tetamu Allah.
Semulia-mulia rumah di muka bumi adalah rumah Allah. Tempat turunnya rahmat.
Solat dengan bersiwak akan dapat 70x pahala.
Solat berjemaah dapat 27x pahala.
Di tempat yang tiada masjid, dapat 50x ganda pahalanya.
Orang yang hatinya terpaut dengan masjid akan mendapat naungan Allah.
Di kota Tarim, negaranya kecil tetapi ada sehingga 400 buah masjid.
Makmurkan masjid secara ruhaniah iaitu dengan beriktikaf, berzikir & baca al-Quran.
Bulan Ramadhan adalah bulan masjid.
Orang2 di Tarim dahulu, setiap detik di dalam masjid. Mereka sangat cintakan masjid. Setiap waktu berada di dalam masjid. Membaca Quran, belajar Quran sehinggalah waktu berbuka.
Ada seseorang dari luar Tarim, datang ke sebuah masjid. Selepas isyak, ingin berehat. Ingat tiadalah orang. Tetapi setiap masa ada sahaja kumpulan manusia keluar dan masuk masjid tersebut beribadah. Sehinggalah waktu menghampiri Subuh.. 1 jam sebelum subuh semakin ramai dan penuh masjid tersebut. Akhir sekali sekali dia pun tak jadi rehat kerana khusyuk dan terleka melihat kesungguhan masyarakat di Tarim yang beribadah dan cintakan masjid.
Masjid Ba'Alawi.
8 pintu syurga dibuka sejak menjelang tibanya Ramadhan.
Setiap syurga mempunyai 8 pintu.
Kunci pintu syurga ada di tangan kita semua, iaitu syahadat.
Siapa yang menyempurnakan wudhu dan membaca doa selepas wudhu akan dibukakan semua pintu syurga.
Pasangkan niat agar beramal sepanjang dalam bulan Ramadhan sebelum ketibaannya lagi.
Sambutlah Ramadhan dengan gembira kerana besarnya anugerah dari Allah.
Harapkan Ramadhan sepanjang tahun dan tidak berakhir.
Sambut Ramadhan dengan taubat. Baca doa sejurus nampak anak bulan. 3 malam pertama masih valid doanya. Baca takbir dan tahmid 3x kemudian baca doa..
Sunat mandi masuk bulan Ramadhan. Mandi dengan niat supaya kita dipandang Allah.
Bersihkan zahir dan hati agar Allah memandang hambanya.
Siapa yang dipandang Allah tak akan diazab selamanya.
Dalam bulan Ramadhan, banyakkan baca al-Quran. Jika tak tahu baca, banyakkan baca surah al-Ikhlas. (Qulhuwallahuahad..).
Wallahu a'lam.
0 comments:
Post a Comment