Saturday, October 28, 2017

Perjawatan.com, selepas naik taraf ke template baru..

Kurang Iklan?

Setelah hampir sebulan saya menaik taraf template Perjawatan.com kepada penampilan yang lebih ringkas dan moden, saya dapati agak kurang iklan yang dihantar dari majikan.

Sebelum ini, kekerapan iklan yang dihantar adalah lebih kurang 3 ke 5 iklan dalam seminggu. Tetapi, setelah penaikan taraf template tersebut nak dapat 1 iklan pun agak sukar.

Hari ini, apabila saya renung & perhati sedalam-dalamnya template tersebut, rupa-rupanya saya tertinggal satu perkara yang amat penting.

Call-To-Action!

Tiada button call-to-action dipaparkan di laman utama Perjawatan.com. Berkemungkinan besar, para majikan yang melayarinya tidak tahu bahawa mereka sebenarnya boleh menghantar iklan jawatan kosong ke laman pekerjaan ini.

Button tersebut sebenarnya sangat penting untuk memberitahu pengunjung yang kita sebenarnya menawarkan servis periklanan jawatan kosong. Itulah sebab utama laman Perjawatan.com ini ditubuhkan.

Bagaimana mereka hendak tahu tujuan kita jika tiada apa-apa makluman yang disampaikan? Ibarat kita buka kedai nasi lemak di tepi jalan tapi kita tak letak signboard 'Nasi Lemak Abang Macho dijual di sini'.

Contoh je tu.

Sebagai langkah proaktif, saya dengan segera meletakkan satu button yang nampak simple di bahagian sisi atas sebelah kanan yang berbunyi 'Hantar Iklan Perjawatan' dengan warna merah menjadi pilihan.

Saya harap ianya berhasil. Doakan..

Semoga dalam seminggu dua ni pos iklan jawatan kosong di laman Perjawatan.com ini akan kembali bertambah dan terus bertambah.

Kita tunggu seminggu dua ni..

Pautan ke laman pekerjaan Perjawatan.com adalah http://perjawatan.com/.
Share: