Kurang Iklan?
Setelah hampir sebulan saya menaik taraf template Perjawatan.com
kepada penampilan yang lebih ringkas dan moden, saya dapati agak kurang
iklan yang dihantar dari majikan.
Sebelum ini,
kekerapan iklan yang dihantar adalah lebih kurang 3 ke 5 iklan dalam
seminggu. Tetapi, setelah penaikan taraf template tersebut nak dapat 1
iklan pun agak sukar.
Hari ini, apabila saya renung & perhati sedalam-dalamnya template tersebut, rupa-rupanya saya tertinggal satu perkara yang amat penting.
Call-To-Action!
Tiada
button call-to-action dipaparkan di laman utama Perjawatan.com.
Berkemungkinan besar, para majikan yang melayarinya tidak tahu bahawa
mereka sebenarnya boleh menghantar iklan jawatan kosong ke laman
pekerjaan ini.
Button tersebut sebenarnya sangat penting untuk memberitahu
pengunjung yang kita sebenarnya menawarkan servis periklanan jawatan
kosong. Itulah sebab utama laman Perjawatan.com ini ditubuhkan.
Bagaimana mereka hendak tahu tujuan kita jika tiada apa-apa makluman yang disampaikan? Ibarat kita buka kedai nasi lemak di tepi jalan tapi kita tak letak signboard 'Nasi Lemak Abang Macho dijual di sini'.
Contoh je tu.
Sebagai langkah proaktif, saya dengan
segera meletakkan satu button yang nampak simple di bahagian sisi atas
sebelah kanan yang berbunyi 'Hantar Iklan Perjawatan' dengan warna merah menjadi pilihan.
Saya harap ianya berhasil. Doakan..
Semoga dalam seminggu dua ni pos iklan jawatan kosong di laman Perjawatan.com ini akan kembali bertambah dan terus bertambah.
Kita tunggu seminggu dua ni..
Pautan ke laman pekerjaan Perjawatan.com adalah http://perjawatan.com/.
0 comments:
Post a Comment