::. Cinta .::
"Tuhan memberi kita dua kaki untuk
berjalan, dua tangan untuk
memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata
untuk melihat.
Tetapi
mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada
kita?
Kerana Tuhan
telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang
untuk kita mencarinya.
Itulah namanya Cinta...
Jangan sesekali mengucapkan selamat
tinggal jika kamu masih mahu
mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih
merasa sanggup.
Jangan
sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika
kamu masih tidak dapat
melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih
mempunyai harapan walaupun
mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih
percaya, walaupun mereka
telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin
mencintai, walaupun mereka
telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang
mempunyai keberanian dan
keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang
yang tersayang sehingga
dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa
catatkan kata-kata
cinta itu pada pusaranya.
Sebaliknya ucapkan
kata-kata cinta yang tersimpan
dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu
dan bercinta dengan
orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang
tepat, kita harus
mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,
debu beralih emas,
keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara
menjadi telaga, derita
menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang
yang tidak mencintaimu,
tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang
dan kamu tidak pernah
memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu
kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau
memiliki hati seorang
gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar
merah.
Kadangkala kamu
mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu
terasa bisa duri mawar
itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah
ketika kamu bertemu
seseorang yang sangat bererti bagimu.
Hanya untuk
menemukan bahawa pada
akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus
membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang
yang mencintai kamu
sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada
saat itu, tiada guna
sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa
dia sekarang dan bukan
siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit
lagi kiranya kamu
benar menyintainya setulus hati.
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu
.
Teman percintaan ialah
sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap
berpusu-pusu terjerumus
ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu.
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga
dapat membuat orang
sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang
normal menjadi gila,
orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika
cintanya itu disambut
oleh para pecinta palsu.
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau
cintai tersimpan
keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu
benci tersimpan
kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta
kepada perempuan
ertinya alam.
Cinta kepada diri ertinya bijaksana,
cinta kepada mati ertinya
hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam
bercinta ke dalam laut,
pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula
seorang yang gagal dalam
bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati
kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam
semua bahasa manusia dan
alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan
kasih, dirimu tak ubah
seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang
gemerincing.
Cinta adalah keabadian...dan kenangan
adalah hal terindah yang
pernah dialami
Siapapun pandai menghayati cinta tapi
tiada siapa yg pandai
menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di
lihat oleh mata kasar.
Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan
perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan
batu, membangkitkan
yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta
membuat budak menjadi
pemimpin.
Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang
yang kamu cintai menjadi
dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran
yang kamu inginkan.
Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri
yang kamu temukan di
dalam dirinya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan
jatuh cinta. namun apabila
sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan
jangan biarkan dia
pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah
dituturkan dari mulut ke
mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah
dan suci jika manusia
dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga
memang mudah. Tapi
untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang
sukar diperoleh.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk
mengecewakan, lebih baik
cinta itu tak pernah hadir.
Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh
membuat kita hilang
kewarasan fikiran.
Cinta juga sebenarnya indah jika
pandai menghayatinya.
Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah
tempat.
Apa pun cinta itu
buta.
Anyamlah buih-buih di laut demi
membuktikan cinta yang suci
tanpa menodai keaslian pantai itu.
Cinta sebenarnya
tidak buta.
Cinta adalah
sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
Apa yang buta
ialah bila cinta itu
menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
###
Siapa lah yang tulis ni? Aku copy paste je.. huargghh huargghh...
0 comments:
Post a Comment