Monday, January 6, 2014

Freelancer...?

Terdapat beberapa pertanyaan dan juga permintaan berkaitan projek-projek aplikasi web dari rakan-rakan di sini.

Ada yang bertanya berapa kos bagi menghasilkan sebuah sistem yang dapat menguruskan sewaan kenderaan. Maklumlah, di universiti pasaran bagi kereta sewa agak lumayan. Jadi, tak menang tangan untuk menguruskan atau mengatur jadual sewaan kereta. Bayangkan jika kita mempunyai sehingga 10 biji kereta. Takut-takut berlaku pertindanan tempahan lagi-lagi musim hujung minggu atau cuti-cuti perayaan.

Saya juga mendapat permintaan untuk membangunkan sebuah sistem untuk menguruskan rekod pelajar pusat tuisyen. Zaman sekarang memang ramai yang hendak cemerlang akademik dan memlilih pusat tuisyen sebagai langkah memastikan anak-anak dapat menguasai bidang akademik yang dipelajari. Dan saya memang melihat peluang ini, ia bukan hanya untuk satu pusat tuisyen tetapi boleh dikembangkan kepada pusat tuisyen yang lain.

Beberapa hari lepas, ada pula seorang sahabat lama semasa saya bekerja di Cheras, bertanyakan kalau-kalau saya boleh buatkan laman web bagi sebuah homestay? Maaf, yang ini saya berterus terang, terpaksa menolak. Saya katakan lebih mudah jika guna CMS seperti Wordpress atau Joomla.

Adakah ini peluang untuk saya kembali menjadi freelancer? Banyak masa yang perlu dikorbankan. Bila masa malam perlu dihabiskan dengan menghadap komputer...

Bagi sesiapa yang biasa dengan projek-projek freelance pasti tahu kenapa saya menolak projek membina laman web untuk homestay tadi. Susah nak cerita.. ;)
Share:

Thursday, January 2, 2014

Wajah baru di tahun baru 2014

Sempena pertukaran digit tahun dari 2013 kepada 2014, maka blog ini juga ingin merasakan perubahan tersebut.. dengan wajah yang baru.

Maka saya juga ingin menabur harapan baru, insyaAllah akan menulis di dalam blog ini dengan lebih kerap sekurang-kurangnya 1 artikel seminggu.

Selamat membaca ;)
Share:

Thursday, December 5, 2013

CodeIgniter Pagination for Twitter Bootstrap

//pagination css
$config['query_string_segment'] = 'page';
$config['full_tag_open'] = '

$config['full_tag_close'] = '

$config['first_link'] = '« Awal';
$config['first_tag_open'] = '

$config['first_tag_close'] = '

$config['last_link'] = 'Akhir »';
$config['last_tag_open'] = '

$config['last_tag_close'] = '

$config['next_link'] = 'Berikut →';
$config['next_tag_open'] = '

$config['next_tag_close'] = '

$config['prev_link'] = '← Kembali';
$config['prev_tag_open'] = '

$config['prev_tag_close'] = '

$config['cur_tag_open'] = '

$config['cur_tag_close'] = '

$config['num_tag_open'] = '

$config['num_tag_close'] = '

Share:

Wednesday, October 23, 2013

Anda Perlukan Task Manager Percuma?

Kenapa saya perlukan Task Manager?

• Menyimpan senarai tugas

• Membahagikan senarai tugas mengikut projek

• Boleh membahagikan tugas kepada rakan lain

• Urus tugas secara berkumpulan

• Boleh dicapai di mana sahaja secara online melaui komputer atau telefon pintar

• Mudah digunakan

• Ada apps untuk Android, iPhone & Mac OS

• Percuma!

Apa yang saya pilih?

producteev-by-jive
Share:

Tuesday, July 30, 2013