Tuesday, January 6, 2015

Monday, January 5, 2015

Tips Aturcara PHP: Cara Ringkas Kenalpasti Jenis Peranti Anda

Kadangkala kita kena bangunkan satu sistem yang ingin kenalpasti jenis peranti yang digunakan oleh pelanggan semasa melayari web atau sistem yang kita bangunkan. Kita nak tahu apakah ianya telefon, tablet atau komputer.

Ok, ini skripnya..

$useragent=$_SERVER['HTTP_USER_AGENT'];
if(preg_match('/(android|bb\d+|meego).+mobile|avantgo|bada\/|blackberry|blazer|compal|elaine|fennec|hiptop|iemobile|ip(hone|od)|iris|kindle|lge |maemo|midp|mmp|mobile.+firefox|netfront|opera m(ob|in)i|palm( os)?|phone|p(ixi|re)\/|plucker|pocket|psp|series(4|6)0|symbian|treo|up\.(browser|link)|vodafone|wap|windows ce|xda|xiino/i',$useragent)||preg_match('/1207|6310|6590|3gso|4thp|50[1-6]i|770s|802s|a wa|abac|ac(er|oo|s\-)|ai(ko|rn)|al(av|ca|co)|amoi|an(ex|ny|yw)|aptu|ar(ch|go)|as(te|us)|attw|au(di|\-m|r |s )|avan|be(ck|ll|nq)|bi(lb|rd)|bl(ac|az)|br(e|v)w|bumb|bw\-(n|u)|c55\/|capi|ccwa|cdm\-|cell|chtm|cldc|cmd\-|co(mp|nd)|craw|da(it|ll|ng)|dbte|dc\-s|devi|dica|dmob|do(c|p)o|ds(12|\-d)|el(49|ai)|em(l2|ul)|er(ic|k0)|esl8|ez([4-7]0|os|wa|ze)|fetc|fly(\-|_)|g1 u|g560|gene|gf\-5|g\-mo|go(\.w|od)|gr(ad|un)|haie|hcit|hd\-(m|p|t)|hei\-|hi(pt|ta)|hp( i|ip)|hs\-c|ht(c(\-| |_|a|g|p|s|t)|tp)|hu(aw|tc)|i\-(20|go|ma)|i230|iac( |\-|\/)|ibro|idea|ig01|ikom|im1k|inno|ipaq|iris|ja(t|v)a|jbro|jemu|jigs|kddi|keji|kgt( |\/)|klon|kpt |kwc\-|kyo(c|k)|le(no|xi)|lg( g|\/(k|l|u)|50|54|\-[a-w])|libw|lynx|m1\-w|m3ga|m50\/|ma(te|ui|xo)|mc(01|21|ca)|m\-cr|me(rc|ri)|mi(o8|oa|ts)|mmef|mo(01|02|bi|de|do|t(\-| |o|v)|zz)|mt(50|p1|v )|mwbp|mywa|n10[0-2]|n20[2-3]|n30(0|2)|n50(0|2|5)|n7(0(0|1)|10)|ne((c|m)\-|on|tf|wf|wg|wt)|nok(6|i)|nzph|o2im|op(ti|wv)|oran|owg1|p800|pan(a|d|t)|pdxg|pg(13|\-([1-8]|c))|phil|pire|pl(ay|uc)|pn\-2|po(ck|rt|se)|prox|psio|pt\-g|qa\-a|qc(07|12|21|32|60|\-[2-7]|i\-)|qtek|r380|r600|raks|rim9|ro(ve|zo)|s55\/|sa(ge|ma|mm|ms|ny|va)|sc(01|h\-|oo|p\-)|sdk\/|se(c(\-|0|1)|47|mc|nd|ri)|sgh\-|shar|sie(\-|m)|sk\-0|sl(45|id)|sm(al|ar|b3|it|t5)|so(ft|ny)|sp(01|h\-|v\-|v )|sy(01|mb)|t2(18|50)|t6(00|10|18)|ta(gt|lk)|tcl\-|tdg\-|tel(i|m)|tim\-|t\-mo|to(pl|sh)|ts(70|m\-|m3|m5)|tx\-9|up(\.b|g1|si)|utst|v400|v750|veri|vi(rg|te)|vk(40|5[0-3]|\-v)|vm40|voda|vulc|vx(52|53|60|61|70|80|81|83|85|98)|w3c(\-| )|webc|whit|wi(g |nc|nw)|wmlb|wonu|x700|yas\-|your|zeto|zte\-/i',substr($useragent,0,4))):
$data['mobile'] = TRUE;
else:
$data['mobile'] = FALSE;
endif;

Siapa tak faham sila tanya di ruangan komen :) hehehe..
Share:

Sunday, January 4, 2015

Matlamat 2015. Suatu Angan-angan Mat Jenin.

Tahun ini tahun berangan-angan. InsyaAllah, tahun terakhir bekerja makan gaji.

Ayat kasarnya, otak makin karat untuk berfikir soal-soal pengaturcaraan, kerenah pelanggan dan kerenah politik di tempat kerja. Biarpun dari segi sosialnya nampak kebaikan, dapat bergaul dengan ramai orang di sebuah organisasi yang besar.

Namun, ada ruang yang terbatas. Sedang banyak lagi waktu untuk ukhrawi.

Semoga Allah memberi redha dan rahmatnya atas jalan ini.

Idea ini terdetik usai selesai solat dhuha hari ini. Apa matlamat hidup aku hari ini? Apakah aku mahu terus makan gaji? Saban hari melalui jadual hidup yang sama. Masuk kerja 8 pagi habis kerja 5 petang. Hantar dan ambil anak sekolah. Malam dah penat.

Teringat seorang sahabat yang berniaga, banyak masa dapat diluang untuk anak-anaknya. Ah, jeles.

Jadi, matlamat untuk tahun 2015 aku ialah.. Tahun 2015 adalah tahun terakhir bekerja dengan UTHM.

Maka, banyak persiapan yang harus dilakukan bagi memulakan hidup tanpa makan gaji. Tapak untuk berniaga sudah ditetapkan di sini, idea bisnes 2015. Hanya gerak langkahnya perlu dilajukan.

Allahuaklbar. Berikanlah aku kekuatan. Orang kata, kalau nak berjaya kita kena tetapkan matlamat. Tau tu, tapi selama ini tak buat pun. Dan hari ini, aku buat.

Aku buat. Dengan izin Allah.

 * Inspirasi dari artikel ini.
Share:

Jaga Tutur Kata

Dalam bicara kita saban hari
Tanpa sedar
Sering terungkap kata-kata dusta dan nista

Dalam setiap bait kata-kata
Ada kadaran yang dihitung
Yang baik dan yang tidak

Sedarkah kita?

Sesungguhnya
Yang tidak baik itu membebankan lagi
Hitungan di bahu kiri

Ya Allah
Ampunilah aku
Peliharalah tutur kataku
Dari berkata-kata yang tidak elok
Peliharalah hatiku
Dari berprasangka sesama insan

Mulai detik ini
Ingatlah!
Andai terpacul kata-kata nista
Andai terpahat di bibir cacian dan kejian
Andai terdetik sinis di hati

Istighfarlah!

Astaghfirullahalazim.

astaghfirullah
Share:

Thursday, January 1, 2015

Idea Bisnes 2015

Ini adalah matlamat untuk diri sendiri bagi tahun 2015 yang baru menjelang. Setelah sekian lama projek ini tertangguh dan dibiarkan sahaja, maka bersempena pertukaran angka dari 4 kepada 5 ini sesuatu yang positif harus dimulakan. Apa yang tertinggal perlu dikutip semula, dibangunkan dan ditiup dengan semangat yang baru. Dan pastinya ada idea yang baru timbul semalam, ia perlu dicatatkan supaya tidak hilang dibawa angin kealpaan.

Internet Business

Insyaallah!

  1. projektee.com - servis mencetak baju dengan foto dari akaun instagram.

  2. lelong.my - tingkatkan lagi promosi dan menambah produk yang berpotensi.

  3. cuci gambar - servis cuci gambar secara online. saya ada terjumpa mesin pencetak gambar 4r yang sesuai.

  4. custom design tee - lebih kurang projektee.com. pelanggan perlu memuatnaik desain mereka.


* Sumber gambar: http://risewall.com/
Share: