Wednesday, January 17, 2018

Tanya PHP blog tentang pengaturcaraan

Saya dah jarang menulis di blog ni. Blog ini dah macam rojak, cerita pasal programming, ceritera kehidupan pun longgok dalam blog ni.

Jadi, saya asingkan penulisan tentang programming ke blog yang satu lagi. Kira baru juga lah. Nama dia Tanya PHP. Apa-apa yang berkaitan tentang programming akan disumbat ke dalam blog tu.

Apa jadi pulak dengan blog ni? Entah. Tengok la nanti..

Jadi, keada anda yang berminat dengan ilmu pengaturcaraan jemput-jemput lah singgah ke blog Tanya PHP untuk dapatkan panduan-panduan membina sistem dengan PHP atau framework CodeIgniter.
Share:

Sunday, January 7, 2018

Matlamat 2018

MATLAMAT 2018 ~ PENDAPATAN PASIF DENGAN ADSENSE!

First, we need to figure out how many clicks equates to $100.
100 / 1 = 100 clicks.


If we need 100 clicks at 5% CTR, the total traffic must be…
100 / 0.05 = 2,000.


We need 2,000 visitors a day. Per month, that is…
2,000 x 30 = 60,000.


60,000 visitors every month to make $100/day with Adsense.

SASARAN

60,000 pengunjung sebulan!
2,000 pengunjung sehari!

MACAM MANA CARANYA?

Dapatkan trafik ke web sebanyak 2,000 pengunjung!

PERSOALAN

Sekarang, macam mana cara nak dapatkan trafik sebanyak 2,000 sehari?

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIBUAT...

- Sediakan laman web
- Branding power (niche & logo)
- Artikel menarik, terkini & viral
- Kerap tambah artikel
- Tingkatkan SEO
- Share, share & share

IDEA

- Perjawatan (Iklan Jawatan Kosong)
- Indeks.MY (Perkongsian info melalui pautan URL, teks & gambar)
Share:

Saturday, October 28, 2017

Perjawatan.com, selepas naik taraf ke template baru..

Kurang Iklan?

Setelah hampir sebulan saya menaik taraf template Perjawatan.com kepada penampilan yang lebih ringkas dan moden, saya dapati agak kurang iklan yang dihantar dari majikan.

Sebelum ini, kekerapan iklan yang dihantar adalah lebih kurang 3 ke 5 iklan dalam seminggu. Tetapi, setelah penaikan taraf template tersebut nak dapat 1 iklan pun agak sukar.

Hari ini, apabila saya renung & perhati sedalam-dalamnya template tersebut, rupa-rupanya saya tertinggal satu perkara yang amat penting.

Call-To-Action!

Tiada button call-to-action dipaparkan di laman utama Perjawatan.com. Berkemungkinan besar, para majikan yang melayarinya tidak tahu bahawa mereka sebenarnya boleh menghantar iklan jawatan kosong ke laman pekerjaan ini.

Button tersebut sebenarnya sangat penting untuk memberitahu pengunjung yang kita sebenarnya menawarkan servis periklanan jawatan kosong. Itulah sebab utama laman Perjawatan.com ini ditubuhkan.

Bagaimana mereka hendak tahu tujuan kita jika tiada apa-apa makluman yang disampaikan? Ibarat kita buka kedai nasi lemak di tepi jalan tapi kita tak letak signboard 'Nasi Lemak Abang Macho dijual di sini'.

Contoh je tu.

Sebagai langkah proaktif, saya dengan segera meletakkan satu button yang nampak simple di bahagian sisi atas sebelah kanan yang berbunyi 'Hantar Iklan Perjawatan' dengan warna merah menjadi pilihan.

Saya harap ianya berhasil. Doakan..

Semoga dalam seminggu dua ni pos iklan jawatan kosong di laman Perjawatan.com ini akan kembali bertambah dan terus bertambah.

Kita tunggu seminggu dua ni..

Pautan ke laman pekerjaan Perjawatan.com adalah http://perjawatan.com/.
Share:

Tuesday, September 12, 2017

Codeigniter Session Data Lost After Redirect


Sistem tawaran yang selama ni berjalan dengan baik tiba-tiba menghadapi masalah ni..

Session dia tiba-tiba hilang selepas redirect ke page lain. Musykil jugak, tak pernah jadi macam ni.. Jenuh aku google tapi tak jumpa jawapan yang aku inginkan.

Jadi aku pun semak balik setiap baris kod, sampai lah kod flashdata ni:

$this->session->set_flashdata('notis','
            <p class="alert">
                Terima kasih. Status penawaran telah dikemaskini.
            </p>');

So, apa yang aku buat? aku komen jap kod tu dan cuba run balik sistem aku tu..

Korang tau apa jadi? Sistem ok, berjalan macam biasa dan session pun tak hilang.

Perghh.. Takkan lah set_flashdata tu yang jadi punca? Walau apa pun, asalkan sistem aku takde error itu dah cukup baik la.

Lepas dari tu, takde lah notification terima kasih tu lagi..
Share:

Saturday, June 3, 2017