Masalah pertama:php startup unable to load dynamic library php_oci8.dll the specified procedure could not be found
Bukan selalu kita install
wamp atau
xampp. Sesekali ingin upgrade atau tolong install di pc orang lain mesti dapat error ni.. lepas tu lupa macam mana nak buat.
Ini masalah yang biasa berlaku ke atas saya, kerana di ofis saya menggunakan database
Oracle.
Sudah set dalam
Path di
Environment Variables pun masih tak mahu jalan lagi..
instantclient dah letak pun masih tak berjaya.
Cuba punya cuba, akhirnya.. susunan dalam
Path tu kena betulkan. Ntahlah, sebelum ni tak kisah pun. Saya pun tak faham kenapa?
Ok begini caranya:
- Install Wamp
- Install instantclient
- Set Path, Environment Variables. Susunannya.. C:instantclient_11_1;D:wampbinphpphp5.4.16ext; dan seterusnya.
- Restart pc
- Run Wamp; enablekan php_oci8; restart Wamp.
Dan ia berkesan.
Masalah kedua pula muncul:php startup unable to load dynamic library php_ldap.dll
Ia berlaku apabila saya enablekan
php_ldap di dalam
php.ini dan
ldap_module di dalam
Apache.
So, caranya:
Ldap itu katanya memerlukan dual fail dll yang lain iaitu
libeay32.dll dan
ssleay32.dll. Kedua-dua fail ada di dalam folder
D:wampbinphpphp5.4.16 (jika anda guna wamp). Oleh itu kita juga perlu setkan
Path bagi fail tersebut. Edit semula
Path tadi, kali ini tambahkan
D:wampbinphpphp5.4.16. Kemudian restart pc anda.
Belum habis lagi, ini masalah ketiga pula:A Database Error Occurred
Unable to connect to your database server using the provided settings.
Filename: D:xampphtdocsdev2014settawaransystemdatabaseDB_driver.php
Line Number: 124
Caranya:
Juga pada Environment Variable, tetapi tambahkan satu variable baru iaitu NLS_LANG dan valunye pula ialah AMERICAN_AMERICA.
Nah, masalah sudah selesai :). Selamat mengaturcara...
Nota ini lebih menjurus kepada peringatan untuk diri sendiri :)