Tuesday, June 18, 2013

Konfigurasi CrockCMS

Muat turun CodeIgniter.
Letak dalam folder htdocs/
Ubah autoload.php
- Masukkan 'url', 'file' ke dalam $autoload['helper'] = array('url', 'file');
Ubah config.php
- buang index.php dalam $config['index_page'] = '';
- gantikan $config['base_url'] = '';  dengan

if ($_SERVER['SERVER_PORT'] == '443' OR $_SERVER['SERVER_PORT'] == '80')
{
$_base_path = $_SERVER['SERVER_NAME'].str_replace(basename($_SERVER['SCRIPT_NAME']),"",$_SERVER['SCRIPT_NAME']);


if ($_SERVER['SERVER_PORT'] == '443')
{
$config['base_url'] = "https://".$_base_path;
}
else
{
$config['base_url'] = "http://".$_base_path;
}
}
else
{
$config['base_url'] = "http://".$_SERVER['SERVER_NAME'].':'.$_SERVER['SERVER_PORT'].str_replace(basename($_SERVER['SCRIPT_NAME']),"",$_SERVER['SCRIPT_NAME']);
}


Muat turun Twitter Bootstrap.

 

http://www.andyhawthorne.co.uk/codeigniter-and-twitter-bootstrap/
Share:

Crock CMS

Insyaallah, saya akan mula membangunkan sebuah CMS mengikut acuan saya sendiri berdasarkan pengalaman saya selama lebih kurang 10 tahun di dalam bidang pengaturcaraan.

Saya namakannya CrockCMS.

Segala perkembangan berkaitan projek ini akan saya catatkan dalam kategori Crock CMS.

Ciri-ciri CMS yang akan dibangunkan:

  1. Modul Autentikasi (Login/logout)

  2. Modul Pengguna

  3. Modul Grup

  4. Modul Konfigurasi Asas

  5. Modul Blog (Informasi/News)

  6. Modul Pages

  7. Modul Pengurusan Modul (Extend modul)


Projek ini akan menggunakan CodeIgniter, Twitter Bootstrap dan MySQL.  Kesemuanya open source. Dan mungkin akan diletakkan di GitHub. Ini bermakna anda boleh lihat kod aturcaranya dengan percuma.
Share:

Thursday, June 13, 2013

Bagaimana menambah saiz maksimum fail semasa post atau muat naik fail

Saya sebagai developer jarang nak kacau setting pada Server di mana saya tempatkan aplikasi yang dibangunkan. Leceh (Sebenarnya saya tak reti nak godek server dan malas nak ambil tahu hehehe).

Jika saya hadapi masalah yang libatkan setting pada server, saya sebolehnya cari jalan untuk tidak kacau setting tersebut.

Baru-baru ini, user bagi salah satu sistem yang dibangunkan memaklumkan mereka tidak dapat memuat naik beberapa fail. Setelah diselidik, ia disebabkan default setting pada server berkenaan hanya membenarkan fail dengan saiz 2MB sahaja untuk dimuat naik.

Oleh itu, ada 2 cara yang boleh dilakukan bagi membolehkan fail tersebut dimuat naik:

  • Ubahkan nilai item berikut pada fail php.ini (melibatkan server)


post_max_size=20M
upload_max_filesize=20M


  • Tambahkan kod berikut pada fail .htaccess (hanya melibatkan folder aplikasi anda)


php_value post_max_size 20M
php_value upload_max_filesize 20M
Share:

Saturday, June 8, 2013

Perjawatan - Dari mengiklan jawatan hingga ke keputusan temuduga

Laman web http://perjawatan.com/ sudah lama dibangunkan. Namun, sambutannya tidak menggalakkan kerana saya bukanlah orang yang pandai mempromosi perkhidmatan tersebut. Itu faktor pemasaran yang lemah. Saya tahu penyelesaiannya. Saya perlu cari orang yang boleh membantu memasarkan produk hebat tersebut. Saya mahu ia setanding dengan jobstreet!

Jika dilihat dari foktor produk itu sendiri, saya akui ia masih banyak kekurangan. Design yang kurang menarik, kurang user friendly serta arahan yang tidak jelas untuk penggunanya. Modulnya juga belum lengkap. Setakat ini, hanya majikan sahaja yang dapat memberikan input. Dan pencari kerja perlu mencari kerja yan mereka idamkan.

Oleh itu, langkah penambahbaikkan perlu dilakukan segera. Belum banyak servis yang sedemikian ada di Malaysia. Saya berpandangan ciri-ciri berikut perlu ada:

  • Servis menawarkan kerja,

  • memohon kerja,

  • menapis pemohon atau saringan calon,

  • jemputan menghadiri temuduga,

  • input hasil temuduga,

  • saringan kedua atau pemilihan calon yang berkelayakan,

  • panggilan atau tawaran terima kerja,

  • pengesahan tawaran dan

  • status akhir.


Itu dipihak majikan dan sedikit di pihak pencari kerja. Ok, untuk pencari kerja pula, saya perlu tambah, mereka hanya perlu lengkapkan maklumat resume. Saya terfikir untuk menetapkan syarat iaitu setiap pencari kerja ini perlu disahkan akaun mereka oleh kami (Perjawatan).

Bagaimana? Mungkin mereka perlu menghantar salinan kad pengenalan bagi menjamin data yang mereka berikan adalah benar. Ia boleh memberi keyakinan kepada majikan dalam memilih calon pekerja yang sesuai.

Sedikit pula tentang perancangan projek ini, siapakah sasaran penggunanya? Ini soalan cepu emas. Saya menjangkakan industri kecil dan sederhana, syarikat-syarikat baru atau syarikat kecil yang lebih sukakan servis percuma. Danggg! Percuma? Ya, servis Perjawatan adalah percuma untuk majikan dan juga pencari kerja.

Ok, setakat itu dulu. Ini hanyalah catatan idea yang lahir dari benak kepala saya. Ia akan dijadikan panduan untuk semasa saya mengaturcara. Alhamdulillah. Allah yang memiliki segala ilmu yang ada di segenap penjuru alam. Tanggung jawab saya untuk melansanakannya selaku insan untuk memberi kemudahan kepada mereka yang memerlukan.

Ia kelihatan banyak untuk saya seorang 'mengerjakannya'. Saya pula kadang-kadang hangat-hangat taik ayam. Namun, apa yang penting saya mensasarkan aplikasi ini dapat disiapkan sebelum habis tahun 2013 ini. Insyaallah.
Share:

Wednesday, June 5, 2013

CodeIgniter - Dari HTML Ke PDF

Saya pernah terfikir, mungkin agak remeh atau leceh memasang plugin ke dalam aplikasi yang kita bangunkan untuk menukar paparan web ke bentuk pdf. Tetapi, selagi kita belum mencuba janganlah kita katakannya susah atau sebagainya.

Setelah saya mencuba, rupanya ia tidak lah sesukar mana. Kita mesti berani mencuba untuk melakukan sesuatu. Tindakan yang kita putuskan pasti membuahkan hasil.

Sebenarnya, itupun kerana terdesak. Saya perlu menghasilkan satu dokumen dari aplikasi yang saya bangunkan yang boleh dimuat turun untuk rujukan & simpanan pengguna.

Mungkin ia sehelai surat atau notis makluman tentang kelulusan ke atas satu permohonan menghadiri kursus. Sebelum ini, saya hanya membiarkan ia dipaparkan dalam bentuk html dan boleh dicetak terus melaluinya.

Ok, sebagai panduan, saya tunjukkan caranya. Mudah sahaja. Saya menggunakan mPDF. Dan pastinya, aplikasi web yang saya bangunkan menggunakan framework CodeIgniter.

Ikuti langkah mudah berikut:

Langkah 1: Muat turun mPDF, extract dan namakan semula folder tersebut sebagai mpdf. Anda boleh memuat turunnya di sini: http://www.mpdf1.com/mpdf/.

Langkah 2: Copy dan paste'kan folder mpdf tadi ke dalam folder aplikasi web anda, sama level dengan folder application. Contoh:
projek-web/
application/
mpdf/

Pastikan write permissions dibenarkan bagi folder  mpdf/tmp/ dan modf/graph_cache/ (chmod 777).

Langkah 3: Copy fail mpdf.php dari folder mpdf/ dan paste ke dalam folder application/libraries/. 

Langkah 4: Buka fail mpdf.php. Tukar baris ini :
if (!defined('_MPDF_PATH')) define('_MPDF_PATH','');

kepada:
if (!defined('_MPDF_PATH')) define('_MPDF_PATH','mpdf/');

Langkah 5: Gunakannya di dalam aplikasi anda seperi berikut:
$this->load->library('mpdf');
$this->mpdf->WriteHTML('<h1>Selamat Pagi!</h1>');
$this->mpdf->Output();

Jika anda ingin simpan fail pdf tersebut terus ke server, anda boleh masukkan nama fail pdf tersebut seperti berikut:
$this->mpdf->Output('surat/RusmainiMiftah.pdf','F');

Nah, itu sahaja. Senangkan?

Insyaallah, jika berkesempatan saya akan sediakan satu servis percuma untuk menukarkan paparan sesebuah laman web ke bentuk pdf. Sudah pasti ia menggunakan CodeIgniter + mPDF ini.

Rujukan: https://github.com/EllisLab/CodeIgniter/wiki/mPDF-with-Codeigniter
Share: