Setelah saya mencuba, rupanya ia tidak lah sesukar mana. Kita mesti berani mencuba untuk melakukan sesuatu. Tindakan yang kita putuskan pasti membuahkan hasil.
Sebenarnya, itupun kerana terdesak. Saya perlu menghasilkan satu dokumen dari aplikasi yang saya bangunkan yang boleh dimuat turun untuk rujukan & simpanan pengguna.
Mungkin ia sehelai surat atau notis makluman tentang kelulusan ke atas satu permohonan menghadiri kursus. Sebelum ini, saya hanya membiarkan ia dipaparkan dalam bentuk html dan boleh dicetak terus melaluinya.
Ok, sebagai panduan, saya tunjukkan caranya. Mudah sahaja. Saya menggunakan mPDF. Dan pastinya, aplikasi web yang saya bangunkan menggunakan framework CodeIgniter.
Ikuti langkah mudah berikut:
Langkah 1: Muat turun mPDF, extract dan namakan semula folder tersebut sebagai mpdf. Anda boleh memuat turunnya di sini: http://www.mpdf1.com/mpdf/.
Langkah 2: Copy dan paste'kan folder mpdf tadi ke dalam folder aplikasi web anda, sama level dengan folder application. Contoh:
projek-web/
application/
mpdf/
Pastikan write permissions dibenarkan bagi folder mpdf/tmp/ dan modf/graph_cache/ (chmod 777).
Langkah 3: Copy fail mpdf.php dari folder mpdf/ dan paste ke dalam folder application/libraries/.
Langkah 4: Buka fail mpdf.php. Tukar baris ini :
if (!defined('_MPDF_PATH')) define('_MPDF_PATH','');
kepada:
if (!defined('_MPDF_PATH')) define('_MPDF_PATH','mpdf/');
Langkah 5: Gunakannya di dalam aplikasi anda seperi berikut:
$this->load->library('mpdf');
$this->mpdf->WriteHTML('<h1>Selamat Pagi!</h1>');
$this->mpdf->Output();
Jika anda ingin simpan fail pdf tersebut terus ke server, anda boleh masukkan nama fail pdf tersebut seperti berikut:
$this->mpdf->Output('surat/RusmainiMiftah.pdf','F');
Nah, itu sahaja. Senangkan?
Insyaallah, jika berkesempatan saya akan sediakan satu servis percuma untuk menukarkan paparan sesebuah laman web ke bentuk pdf. Sudah pasti ia menggunakan CodeIgniter + mPDF ini.
Rujukan: https://github.com/EllisLab/CodeIgniter/wiki/mPDF-with-Codeigniter
0 comments:
Post a Comment