Saturday, June 8, 2013

Perjawatan - Dari mengiklan jawatan hingga ke keputusan temuduga

Laman web http://perjawatan.com/ sudah lama dibangunkan. Namun, sambutannya tidak menggalakkan kerana saya bukanlah orang yang pandai mempromosi perkhidmatan tersebut. Itu faktor pemasaran yang lemah. Saya tahu penyelesaiannya. Saya perlu cari orang yang boleh membantu memasarkan produk hebat tersebut. Saya mahu ia setanding dengan jobstreet!

Jika dilihat dari foktor produk itu sendiri, saya akui ia masih banyak kekurangan. Design yang kurang menarik, kurang user friendly serta arahan yang tidak jelas untuk penggunanya. Modulnya juga belum lengkap. Setakat ini, hanya majikan sahaja yang dapat memberikan input. Dan pencari kerja perlu mencari kerja yan mereka idamkan.

Oleh itu, langkah penambahbaikkan perlu dilakukan segera. Belum banyak servis yang sedemikian ada di Malaysia. Saya berpandangan ciri-ciri berikut perlu ada:

  • Servis menawarkan kerja,

  • memohon kerja,

  • menapis pemohon atau saringan calon,

  • jemputan menghadiri temuduga,

  • input hasil temuduga,

  • saringan kedua atau pemilihan calon yang berkelayakan,

  • panggilan atau tawaran terima kerja,

  • pengesahan tawaran dan

  • status akhir.


Itu dipihak majikan dan sedikit di pihak pencari kerja. Ok, untuk pencari kerja pula, saya perlu tambah, mereka hanya perlu lengkapkan maklumat resume. Saya terfikir untuk menetapkan syarat iaitu setiap pencari kerja ini perlu disahkan akaun mereka oleh kami (Perjawatan).

Bagaimana? Mungkin mereka perlu menghantar salinan kad pengenalan bagi menjamin data yang mereka berikan adalah benar. Ia boleh memberi keyakinan kepada majikan dalam memilih calon pekerja yang sesuai.

Sedikit pula tentang perancangan projek ini, siapakah sasaran penggunanya? Ini soalan cepu emas. Saya menjangkakan industri kecil dan sederhana, syarikat-syarikat baru atau syarikat kecil yang lebih sukakan servis percuma. Danggg! Percuma? Ya, servis Perjawatan adalah percuma untuk majikan dan juga pencari kerja.

Ok, setakat itu dulu. Ini hanyalah catatan idea yang lahir dari benak kepala saya. Ia akan dijadikan panduan untuk semasa saya mengaturcara. Alhamdulillah. Allah yang memiliki segala ilmu yang ada di segenap penjuru alam. Tanggung jawab saya untuk melansanakannya selaku insan untuk memberi kemudahan kepada mereka yang memerlukan.

Ia kelihatan banyak untuk saya seorang 'mengerjakannya'. Saya pula kadang-kadang hangat-hangat taik ayam. Namun, apa yang penting saya mensasarkan aplikasi ini dapat disiapkan sebelum habis tahun 2013 ini. Insyaallah.
Share:

0 comments:

Post a Comment