Wholefood
- Pilih makanan yang segar atau dalam bentuk aslinya berbanding makanan yang telah diproses seperti ready-to-eat.
- Contohnya, menekankan pengambilan protein tanpa lemak berbanding berbola, nugget dan lain-lain.
- Kelebihan: dapat mengawal pengambilan kalori, gula, garam dan lemak tepu.
Menekankan pengambilan bijirin
- Memilih makanan "whole grain"/ penuh bijirin berbanding yang telah diproses atau dipolish
- Contohnya, mengambil roti penuh bijirin berbanding roti putih atau nasi perang berbanding nasi putih.
- Kelebihan: Makanan bijirin penuh mengandungi serat yang tinggi berbanding yang telah diproses.
- Kajian menunjukkan bahawa pengambilan bijirin penuh membantu mengelakkan dari risiko mengalami masalah penyakit jantung, kencing manis tahap 2 dan kanser usus.
Ambil buah dan sayur
- Mengutamakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar berbanding buah yang telah dikeringkan, chips
- Makan buah berbanding jus kerana kandungan serat lebih tinggi dalam keadaan asli buah. (Atau di kedai, gula akan ditambah ke dalam jus)
- Kelebihan: Tinggi kandungan serat, vitamin dan mineral
0 comments:
Post a Comment