Sunday, October 20, 2019

Panduan Sarapan

Sarapan yang betul membantu kita untuk terus produktif sepanjang pagi walau apa kerja kita sekalipun. Ini sangat penting jika kita hendak berjaya dalam bidang masing-masing



Berikut adalah panduan secara general untuk sarapan yang UNGGUL!!

Masa : 7-9 am
Kalori : 200 - 350 kcal

Makanan : suku,suku separuh

Karbohidrat : complex carb
Fiber : sumber sayuran
Protein : telur, ayam or ikan

Minuman : Air Masak/kopi/teh kurang gula

Contoh :

  • Sandwich ayam + sayur 
  • Nasi berlauk n sayuran
  • Roti + telur separuh masak
Share:

Makanan Yang Perlu Dielakkan



Makanan yang perlu di elakkan ketika misi menurunkan berat badan.

  1. Makanan yang proses seperti fisball,hotdog,bueger ramli ,daging burger dan pelbagai lagi.
  2. Makanan yang bergoreng berulangkali,bergoreng deep fry,bergoreng terlalu lama.
  3. Makanan yang punyai serbuk perasa tiruan serta perasa tiruan yang membahayakan.
  4. Makanan berlemak tinggi,berlemak tepu atau apa sahaja yang membebankan sistem pemghadaman.
  5. Makanan berkalori tinggi,manis terlampau,masin terlampau serta pedas terlampau.
  6. Makanan segera adalah perlu di elakkan.
  7. air berkabonat serta punyai kadar gula yang tinggi.
  8. Makanan yang lambat di hadam seperti daging merah,kekacang yang keras..
  9. Segala makanan di awet serta di jeruk.
  10. Makanan express serta hipster
Share:

Eat Clean



Wholefood

  • Pilih makanan yang segar atau dalam bentuk aslinya berbanding makanan yang telah diproses seperti ready-to-eat.
  • Contohnya, menekankan pengambilan protein tanpa lemak berbanding berbola, nugget dan lain-lain.
  • Kelebihan: dapat mengawal pengambilan kalori, gula, garam dan lemak tepu.


Menekankan pengambilan bijirin

  • Memilih makanan "whole grain"/ penuh bijirin berbanding yang telah diproses atau dipolish 
  • Contohnya, mengambil roti penuh bijirin berbanding roti putih atau nasi perang berbanding nasi putih.
  • Kelebihan: Makanan bijirin penuh mengandungi serat yang tinggi berbanding yang telah diproses.
  • Kajian menunjukkan bahawa pengambilan bijirin penuh membantu mengelakkan dari risiko mengalami masalah penyakit jantung, kencing manis tahap 2 dan kanser usus.

Ambil buah dan sayur

  • Mengutamakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar berbanding buah yang telah dikeringkan, chips
  • Makan buah berbanding jus kerana kandungan serat lebih tinggi dalam keadaan asli buah. (Atau di kedai, gula akan ditambah ke dalam jus) 
  • Kelebihan: Tinggi kandungan serat, vitamin dan mineral
Share:

Macam mana nak elak dari mengambil makanan manis?

MACAM MANA NAK ELAK CRAVING BENDA-BENDA MANIS?



Kenal pasti punca craving. Bila kita tahu punca, baru kita boleh settlekan masalah.

Antara sebab craving.

  1. Lapar
  2. Emosi tak stabil/ stress
  3. Bosan
  4. Hormon tidak stabil
Cara atasi craving manis

Minum air kosong secukupnya.
Badan kita boleh menukar signal dahaga kepada lapar. Sebenarnya kita tak lapar pun. Tapi disebabkan badan kita meronta-ronta nak air, signal akan bertukar kepada lapar. So hati-hati ya. Make sure minum air kosong yang mencukupi supaya badan sentiasa dalam keadaan penghidratan yang baik. Cuba buat ya

*air kosong ya, bukan air manis

Tangani stress anda.

Kenal pasti punca stress. Tanya diri kenapa stress? Dan settlekan masalah tersebut.

Cara lain, Relax. Cari aktiviti yang boleh menenangkan anda. Dengar lagu ke, tengok pemandangan sekeliling ke.. find it!

Ada kajian mengatakan, kita craving sebab kita pikir makanan tu. Betul tak? Jadi kita boleh alihkan pemikiran kita tentang craving dengan cara guided imagery. Maksudnya macam meditasi tadi. Kita imagine seperti berada di tepi pantai ke, ladang bunga lavendar ke. Sambil sambil tu dengar lagu/ alunan muzik yang khas untuk menenangkan minda. Search je kat youtube, belambak 😉

Siapa yang minat main game, boleh alih perhati dengan cara main game. Jadi kita lupa kita craving.

Jangan biar diri anda kebosanan yang menjadi punca craving.

Sama macam tips 2, cari aktiviti!

Dapatkan rehat yang cukup (waktu tidur yang mencukupi)

Rehat yang mencukupi akan membantu menstabilkan semula hormon anda.

Tips lain:
Jika tak mampu nak atasi craving, find something healthy.

Makan 1 biji apple atau 1 genggam kekacang (yang tidak berperisa seperti disalut, ada madu dan sebagainya) seperti Almond.

Kunyah sugar free chewing gum. Supaya mulut rasa busy. Tak sempat nak craving sugar yang lain.

Makan protein secukupnya
Share:

Projek Sihat: Soal Jawab



Persoalan dan Jawapan.

Kenapa kalau timbang berat kadang naik kadang turun...contoh malam turun, siang naik...ikut   waktu ke apa?

Jawapan: 

Berat badan akan naik turun dalam seharian. Seharian kita makan dan minum. Makanan dan minuman mempunyai berat. Sepinggan nasi bersama lauk pauk ada berat die. Air pon ade berat. Belum masuk kadar berpeluh, air peluh kuar jadi kurang, kadar pernafasan, perkumuhan. Solusi, timbang sekali sahaja waktu pagi.

Bersenam guna treadmill ok ke?

Jawapan:
Boleh. Treadmill boleh digunakan untuk senaman cardio.

Diet tanpa senaman boleh buat badan kita jd kulit lebih dah taf pada badan?

Jawapan: 
Bergantung pada keadaan kita. Senaman memang bagus. Cuma definisi senaman tuh akan berbeza mengikut orang, orang yang sgt obes, senaman die berjalan kaki. Orang yang fit skit, mayber berlari atau pergi gym untuk main besi. Tp penurunan berat, no1 is jaga pemakanan

Betol ke air batu punca susah pecah lemak?

Jawapan: 
Tidak, mitos shj.

Bahya x minum air urban detox ?

Jawapan: 
Bahaya. Minum air masak sj. Detox adalah mitos
Share: